Poligami adalah syariat Islam yang merupakan sunnah Rasulallah SAW. Dalilnya surah An-Nisa: 3, ertinya:
“… maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang sahaja,…”
Mengikut dalil dari surah An-Nisa ,Jika kamu dapat berlaku adil kawinlah tapi hakikatnya sekarang kebanyakan poligami tidak adil .Zaman rasulullah sememangnya Poligami boleh diiktirafkan tapi sekarang bukan lagi . Bukan mudah untuk berpoligami , Berpoligami bukan sahaja melepaskan kepuasan diri tapi perlu menjaga hati isteri pertama dan isteri-isteri lain. Hati wanita ini seperti kaca , sesungguhnya ia nampak kuat tapi jika ia pecah pasti hancur berkecai . Begitulah hati seorang wanita .Dari luaran,memang jelas kita melihat mereka tersenyum tapi disudut hati mereka siapa yang tahu ?? Dalam hal ini juga lelaki perlu faham kata hati anak-anak .Bukan mudah anak-anak yang telah dewasa suka ayah-ayah mereka berpoligami. Dengan berpoligami banyak memberi kesan kepada anak-anak ,Jika mahu berpoligami perlu perkukuhkan ekonomi. Kalau setakat hidup kais pagi makan pagi, lupakanlah niat tu .Sekarang nie bajet untuk hidup pun dah meningkat .Mungkin sesetengah orang bersetuju berpoligami . Setiap perkara yang jadi mungkin ada hikmahnya , terpulang pada pandangan masing-masing .Jika berpoligami berlaku adil adalah yang terbaik dan restu dari isteri perlu diambil kira .
Sesungguhnya pernikahan menyingkap 1001 tabir rahsia.
Mungkin isteri kita tidaklah semulia Khadijah, setaqwa Aisyah ataupun setabah Fatimah.
Tetapi isteri kita hanyalah wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita dan berusaha untuk menjadi isteri yang solehah.
Selamat Menjalani Ibadat Berpuasa dengan jiwa yang tenang
BY ADAM CORRIE
No comments:
Post a Comment