aku suka buat keje mudah dan aku cari benda paling senang .Resepi ni aku amik dari resepi orang jugak . hehehehe. Aku kan xterror lagi . Aku buat 2,3 kali jugaklah benda ni. Alhamdulillah menjadi.
bahan-bahan
Kita perlukan 4 biji putih telor ayam ( telor ini BUKAN yang di simpan dalam peti ais ) |
~ Secawan gula.. tapi aku guna 3/4 cawan je utk kurangkan manis..
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila
Cara2 membuatnya :
Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dengqn kadar kepanasan 140 darjah celsius dengan mengguna api bawah .
bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius. aku guna suhu 110 darjah celsius..
~ Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor. kita ambik putih telor saja.
Kuning telor tu korang jgn buang pulak . Boleh buat omlet ke, tulor dadar ke xpun letak dlm megi kari . Compom walawei ...
~ Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks). Terus putar dengan kelajuan paling maximum ,xpayah ayu sangat nak letak paling redah dulu.
~ Ni hasil putih telor yg dah jd gebu, nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh.
~ Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar..
~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lagi 3 minit gitu..
tepung jagung di masukkan bersama-sama dgn cuka dan esen vanila.
Bila dah sebati, stopkan mixer. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak.Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue" ..
~ Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td..
Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..
~ Seterusnya, sediakan dulang pembakar dan lapikkan dgn baking paper kemudian tuang adunan td ke atas baking paper.
Adunan dibuat mengikut citarasa korang.
Make sure,masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah mcm nak buat benteng la kiranya.. err paham tak ni..?
~kemudian,masukkan la dalam oven. letak kat rak tengah-tengah tau. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit
Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum..
Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..
Semasa proses pembakaran, jgn nak ngengada bukak tutup oven lak.. lempang kang tgn tu.. pi la kemas dapur ke hape ke kan masa nak menunggu pavlova tu masak..
Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..
Biar le jap beliau bersauna dlm oven tu dlm 10 minit.. pastu barulah kuarkan.. biarlah beliau seketika.. meh kita buat topping dia dulu ye...
~ Secawan @ 250 ml whipping cream..
Aku guna whipping cream brand ni. jgn beli sembarangan whipping cream tau. tak semua whipping cream sesuai,make sure beli jenis yg Non Dairy (bukan tenusu)
Ada org dok tertanya apasal la whipping cream dia takmau kental walaupun dah lama dok putar. tu sbb dia salah beli jenis whipping cream.
Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping. aku beli kat kedai HERO market jenama rich's..
~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar..
~ Sementara tu jugak, sila potong buahan yang nak di gunakan. aku guna stoberi, anggur hitam dan kiwi je.
Potong mengikut suka hati korang nak lonjong ke, segi empat ke, up to you..!!
Cara-cara Menghias :
~ Pindahkan pavlova tadi dengan berhati-hati ke dalam bekas. pavlova ni sangat lembut tau dalamnya.. macam mashmallow, sebab tu kena berhati-hati masa nak asingkan dari baking paper..
Tutup lg dgn krim.. Ohhh, terbanyak lak letak krim.. kalau boleh takyah la byk sgt, kang hilang lak rasa pavlova tu.. taruk sedang-sedang aje..
Korang boleh google imej pavlova utk lihat cara org hias pavlova.. aku je yg terlebih bubuh krim.. yelahkan, whipping cream ni mahal kott.. ahahah.. korang bubuh sedang-sedang je tau..
Last sekali, Susun buah-buah tersebut mengikut kreativiti korang then simpan dalam peti ice . bila sejuk memang best melantak benda ni
No comments:
Post a Comment