Sebelum ni sahur mama yang sediakan , aku just tolong hidangkan je tapi sekarang aku pulak kena bangon awal pagi untuk masak-masak . Ikutkan aku , tak yah sahur je tapi dah kawen ni kenalah paksa jugak .Bila berbuka masa bujang dulu , aku tak ada pun kecoh dan tertekan nak fikir " NAK MASAK APA HARI NI ?". Bila fikir macam tu je buat saya pening dan nak muntah . Baru saya faham kenapa mama selalu masak dan akan bertanya nak makan apa . Bila dah kawen memang rasa sangat kekok sebab banyak benda kena fikir semata-mata nak buat yang terbaik untuk suami tercinta . hehehe. jiwang la pulak . Walaupun puasa, en suami saya ni sangat baik hati orangnya. Kadang-kadang dia akan tolong masak dan tolong-tolong buat kerja rumah . Alhamdulillah , syuukur sangat dapat en suami yang boleh tolong dan ringan tulang .
en Suami mestilah rajin-rajin menolong isteri |
Hari ni Ramadhan pertama aku terawih dengan en suami . Alhamdulillah, Niat aku kesampaian juga akhirnya kerana sebelum ni aku diberi cuti.First terawih, aku dah kena Sindrom Terawih. Sindrom yang kritikal . Betol cakap kakak farah lee tu .hehehehe.
لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ.
"Hendaklah Kalian meluruskan shaf-shaf kalian atau Allah akan menyelisihkan di antara wajah-wajah kalian." (HR. Bukhari).
Perintah dalam dua hadist di atas mempunyai arti wajib, karena dibelakangnya terdapat ancaman bagi yang tidak melaksanakan perintah tersebut.
Bila difikirkan balik , aku ni dah makin dewasa. Macam tak percaya je yang semua ni berlaku . Rasanya macam baru semalam je aku zaman remaja aku tapi hakikatnya semuanya dah berlalu dan sedang menghampiri zaman ibu-ibu pulak . Melangkah kealam ini , lebih mendewasakan aku dan lebih banyak yang perlu difikir rupanya . Semoga perkahwinan ini kekal dan bahagia hingga ke jannah . Doakan ,ya :)
No comments:
Post a Comment