nuffnang ads

Monday 10 November 2014

Detox water

 
 
 
 
Infused Detox Waters atau disebut Air detox. Infused detox water boleh menguruskan badan secara sihat tanpa pengambil sebarang produk pengurusan badan. Sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan. Bahan utama adalah air yang memang sepatutnya kita minum air banyak dalam proses pengurusan badan ni dan bahan lain adalah campuran buah, herba dan bahan yang sesuai untuk digunakan.
Air detox ni menggalakan kita minum air lebih banyak disebabkan air detox lebih sedap dengan pelbagai campuran dari air kosong tu kan. Secara tak lansung air ni boleh menjadi tujuan detox bergantung pada resepi campuran yang digunakan.

Antara 5 jenis buah Air detox untuk tenaga dan cuci perut.
Oren, lemon, dan halia.
Buah Oren membantu dalam peredaran darah yang sihat, lemon membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia adalah sistem imun booster terkenal.
Infused Detox Waters
Timun, raspberry dan anggur
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin, Raspberi mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur  melawan kanser dan pembersihan kompaun.
Infused Detox Waters
Rhubarb, epal dan Kulit Kayu Manis
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah, epal mempunyai  mengekalkan kesihatan tulang dan tisu kesihatan, dan kayu manis adalah salah satu yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme.
Infused Detox Waters
Strawberry and Limau
Strawberi penuh dengan anti-oksidan, dan limau adalah sangat baik senjata anti-penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.
Infused Detox Waters
Nanas and mint
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis, dan mint menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.
Infused Detox Waters
Cara untuk buat air detox :
1. Potong bahan bahan mengikut citarasa 
2. Letakkan potongan tersebut di bawah jar, kemudian tambahkan ais diatas potongan bahan tersebut.
3. Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup.
4. Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais.

Boleh minum bila bila masa sahaja macam minum air kosong cuma air detox lebih sedap berperisa :). Antara kebaikan air detox ni :

  1. pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang
  2. yang dibersihkan dan kawal usus
  3. penurunan berat badan (lemak, bukan air) 
  4. beban toksin berkurangan 
  5. sistem imun diperkukuhkan
  6. elak sembelit 
  7. kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
  8. pembersihan sel dan pembinaan semula 
  9. berseri dan kulit sihat
  10. sakit berkurangan dan alahan 
  11. tahap tenaga meningkat

Wednesday 5 November 2014

Warkah Mommy dhia

o6 November 2014, Semalaman dhia meragam . Kalau nak diikotkan dah 3 malam dia meragam malam . Tak pastilah kenapa ?? Aku jadi pening kepala ( biasalah new mommy )
Semakin dia membesar semakin macam-macam perangai dia timbul .. Sekarang dia dah 5 bulan, dah pandai meniarap kesanan ke sini , dah pandai main tepuk-tepuk , dah pandai menyembur air liur .. Termasuklah dah pandai cari perangai sampai jatuh katil . Huh, menangis jugaklah aku takberhenti bila budak itu jatuh

Tak sangka jugak , Makin lama jadi seorang ibu nie makin mencabar dibuatnya . Siang keje , balik kena jaga anak , gosok baju bagai .Semoga Allah sentiasa bagi aku kekuatan utk hadapi semua ini .
Daripadangan , orang kita nampak bahagia tanpa masalah tapi hakikatnya , pelbagai rintang kita lalui untuk sebuah kebahagia .. cehhh, wahhh...

Sunday 17 August 2014

Doa untuk anak anak menjadi soleh dan solehah

Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allaw S.W.T kepada kita dan sudah pasti akan di tanya berkenaan apa dan bagaimana kita mendidik mereka. Jika tersilap didikan anak-anak mungkin boleh mengheret kita masuk ke Neraka. Justeru itu didiklah anak dengan sebaiknya, pentingkanlah agama daripada dunia semata.


“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)


Apa makna anak yang soleh?

Anak yang soleh bermaksud anak yang 'baik'. Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa, tetapi juga anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu  akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.




“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.
(al-Anfal: 24)


Cara -cara menjadikan anak soleh dan solehah

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;

a) Selalu membaca Al-Quran di rumah

b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah

c) Hidupkan budaya memberi salam

d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Wednesday 2 July 2014

My journey, i'm a mommy now !!

     


   Pregnancy!
because of my pregnancy, i hardly went out and was less active than i've this last year. i missed a lot invitations to events,
hangout,shooping and blaa.. blaaa my first trimester was the worst sangat . huh, asyik nak muntah je tapi tak selera makan dan paling teruk boleh pulak alahan nak meludah je sebab rasa geli ngan bertakung air liur dalam mulut.Tersangatlah seksa nak telan air liur sendiri. Boleh dikatakan sepanjang tempoh alahan tu memang spare plastik la nk meludah .

second trimester okai la sikit . Alahan semua hilang, dari perut kecik makin membesar sebabnya selera makan dah melampau . Hari- hari nak ice cream magnum ngan cabry. Seriously,badan makin membengkak , muka pun makin bulat. Muka pun makin berseri kata member la.. Pastu,asyik nak berdandan je . Boleh dikatakan semua cakap baby boy . I pun memang berharap baby boy tapi feeling baby gurl tu memang ada cuma aku tak kisahkan sangat janji baby sehat . Lagipun, waktu scan memang tak nampak tuttnya .hehehe

Trimester dah start nervous pasal giving birth and what to expect when you're expecting. hehehe.

                 Having a baby!
when i was 38 weeks pregnant, everyone in my family - and me - started to get nervous to the point that my parents and husband tak bagi i keluar sangat.
tanak i terberanak konon.Tapi memang i jenis kaki jalan, i still la merayap sana sini . Lagi pun elok ckit berjalan time dekat2 nak bersalinkan.

Sepatutnya, i kena attend kelas external apatah , kak iparlah yg suruh g tp husband bz memanjang .So,alhamdulillah gak la zaman ni zaman teknologi. sume benda boleh google je.
still, it'll be much better to learn and experience it face on with nurses.
i actually learnt how to breastfeed on youtube! among many other stuff. hahahahaa! =p

the experience of giving birth was seriously most unexpected. i know it'll hurt but i didn't expect it to hurt that bad.
and to think i survived it?? wahh kagum ngan diri sendiri.
Dhia Az-zahraa 

Anyway, alhamdulillah 29 Mei 2014 jam 2.36 p.m lahirlah anak kami yang pertama, Dhia Az-zahraa ( cahaya bungaku )

Seriously, memang banyak dugaan nak lahirkan dia dengan keadaan sorang2, husband i pulak kat ganu, i terpaksa ceaser sebabnya jantung dia lemah masa bukaan 2cm . First time buatkan fobia seumur hidup . hihihi
Hari tu , i teman mama tido kat kedai sebab nk tolong buat tempan nasi lemak . Pagi lepas subuh i nak sambung tido balik tp i rasa kain basah je . Mama pulak da g antar tempahan. So, tinggal i terkapai2 sorg2 . Call mama xdpt , dia tggl fone pulak .Then , call adik kedua . xangkat . Last2, i call papa . Then, dia ckp tggu dulu btol2 sakit . okai, i pun tunggu la , dah start sakit 5 minit2 . Dalam 8 lebih, mama balik then i bgtau dia . Dia suruh makan semua n dlm kul 10 lbh i bertolak gi hkl , sampai sana daftar pastu dorg check bukaan dah 2 cm . Then, dorg tolak masuk wad . Kat wad yang sangat tragis . Mama i da balik , tggl adik i, husband i baru otw lepas bgtau i dah nk bersalin .Then, kat wad tu dorg check balik bukaan, dah la doktor laki india, memang tersangatlah malu tp redha je la n then check jantung baby , jantungnya lemah . So, doktor xleh tggu n nak operate . Pastu boleh dia ckp dorg terpaksa operate n dorg xsure boleh selamatkan baby atau x . Time tu jugak i melalak . Tuhan je tahu .Dekat wad tu jgk aku dikelilingi doktor . Doktor pecahkan air ketumban, huh.. memang tersangatlah sakit then bawak masok labour room, dibagi epidural separa. Apa lagi ,dioperate la jawabnya.
Bila bunyi baby nangis, dengan i sekali nangis.Alhamdulillah , semua selamat walaupun tanpa suami disisi.





 

Tuesday 25 February 2014

Sabah, Kota Kinabalu Trip

Assalammualaikum readers ,

Rasanya dah lama aku tak pokpek kat blog nie - nie semua gara-gara malas,alahan mengandung pastu laptop pulak rosak . So, sekarang terpaksa kongsi ngan Pc encik hubby aku nie .. Dia pulak asyik mengadap gamenya aja . Dan, disebabkan aku tak boleh sangat nak tido, bolehlah update blog aku yang sekian lama menyepi . Dibiarkan berabuk lama-lama pun tak elok jugak ... ( acehhh, bajet ramai pulak followernya )

Saja nak cerita pengalaman pertama aku naik kapal besi terbang . Punya excitednya aku nak naik kapal terbang, biasalah orang kampung . hehehe .Btw, thanks sangat la encik hubby sebab sudi bawak dinda nie jalan-jalan naik kapal terbang. Nak dipendekkan ceritalah, padahal malas sudah nak menaip . heehehe.. Sabah memang best bab makananya , seafood dorang memang best . Tempat dorang pun banyak yang menarik cuba jauh sangat je , nak jalan jalan semua tempat kena bawak duit juta lemon la . Aku gi sabah hari tu pun dalam seminggu jugaklah .Lamakan ? Sampai dah boleh hafal jalan Bandar KK tu . Gila gempakkan . Disebabkan aku pregnant jugak, hubby aku terpaksa sewa moto utk jalan jalan tempat yang agak jauh tu, tambahan pulak jimat . Untuk mengingatkan kesedihan semasa trip tu, aku punya Sunglasses  Raybans hilang . Sakit hati kau , kena pulah marah ngan hubby . adoii, gila spooilll tapi dah ganti baru ... hehehe

First Day  02Jan2014  ( Day 1 )

Hello KK, Starting 2014 with great moment :)



Sunglasses last aku pakai time nie.. :(





Dinner 1st day tu, memang makan fresh-fresh, puas hati . makan sampai kembong . Boleh, pilih-pilih dipilih mana mau , then chef masak ikot kita punya selera. Harga pun murah, kalau kat KL mahupun Ganu memang tak dapat macam nie . hahaha





Ceritanya bila dah ketemu makanan tiada makna nak posing .. Gue mau nikmati :

  1. Masak 3 Rasa
  2. Sweet Sour
  3. Butter Prawn Leleh
  4. Ketam Masak Cili
  5. Sotong Goreng Nestum
  6. Ketam Masak Telur Masin








SERI 3 RASA SEAFOOD 
u'olls kena makan kat sini , chef dia memang terbaik . Kat sini memang paling sedap la dia masak , fresh pulak tu .. sangat puas hati . Makan sampai kembong pun tak hape, janji bayar .. hehehe


03Jan2014 ( Day 2 )

Trip for 3 islands tour & snorkeling with BBQ lunch and ending our trip with annoying face (tired)


                                














04Jan2014 ( Day 3 )

Dinner dengan seafood bakar bakar kat Pasar Vietnam . Seriously, memang tak best, seafood dia tak fresh. nie kira last and first aku makan kat sini .




Siangnya kitowg jalan jalan tengok monyet hidung pelik kat wildland lok kawi sabah dengan menaiki moto sewa. Agak penat jugak la nak kesana , sampai aku nak pengsan . Pasalnya aku nie pregnant, alahan awal mengandung. hehehee. Malamnya dinner dgn BK je .. hehehee .Then, jalan jhalan tepi tebing laut dengan en hubby. 







04Jan2014 ( Day 4 )

Jalan jalan bandar KK ibarat bercintan cintun dulu .. hehehee.. Padahalnya , dah tak tau nak gi kemana . Panjat bukit dalam hujan semata mata nak naik menara tinjau KK . gila gempak kami :)




06Jan2014 ( Day 5 )

Gintutun do mohoing monsopiad ( mengenali moyang monsopiad ) speaking kadazan baa !!  time nie refresh balik masa zaman balajar sejarah . Memang kat sekolah aku tak amik tau sangat pun pasal benda alah nie sebab tak masuk exam sangat pun bab nie . hehehe . Now,barulah aku tau jugak serba sedikit tentang monsopiad nie . kalau masok exam compom esai aku boleh wat sampai 2 muka surat. hahaha.