nuffnang ads

Thursday 30 May 2013

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa

Kewujudan kita hari ini sesungguhnya satu nikmat yang amat besar dari Allah swt. Melalui dua orang insan mulia, satu ketika dahulu kitalah yang menjadi ‘sang juara’ mengatasi ribuan yang lain dalam sebuah perjuangan demi sebuah kehidupan.
Tanpa mereka, siapalah kita..? Tanpa mereka,akan lahirkah kita melihat dunia hari ini..?
MAMA ,PAPA ,MAK ABAH ,AYAH  UMMI...
Ya,merekalah dua orang insan yang mulia itu. Bertuahnya kita kerana dikurniakan mereka yang mana sejak lahir hinggalah ke saat ini, merekalah insan yang benar-benar menyayangi kita tanpa memperoleh sebarang balasan pun. Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, hadiah, penghargaan dan sebagainya mereka dengan ikhlasnya menjaga dan membesarkan kita dengan penuh susah dan kepayahan.Dan bukan cuma seorang! Tetapi berlima,berenam malah mungkin berbelas adik-beradik yang lain.
Lihatlah garis-garis halus dan kedutan di wajah ayah dan ibu..Satu ketika dahulu,wajah yang tampan dan cantik itu kini berubah dek kerana usia yang kian dimamah waktu. Segala kekerutan di wajah mereka, segala kebimbangan mereka, tidak lain hanyalah kerana risau memikirkan hidup anak-anaknya.
Lihatlah pula rambut mereka yang dahulunya hitam kini berubah putih beruban. Ayah dan ibu pernah tidak mempedulikan diri mereka sendiri lantaran memikirkan untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Bagi mereka, biar susah. Biar payah. Yang penting, anak-anak membesar bahagia tanpa merasa ada kukurangan sedikit pun berbanding insan lain.

Tanpa memikirkan kelelahan yang terpaksa dihadapi, ayah gigih dan tabah keluar berkerja saban hari untuk mencari rezeki buat keluarganya. Tidak cukup sekadar itu, ibu juga turut membantu ayah untuk meringankan beban yang ditanggungnya sendiri. Ya Allah..betapa besarnya pengorbanan insan ini. Sejak hari pertama kita lahir, hidup mereka seolah-olah sudah pasti akan dikorbankan demi kesejahteraan insan yang bernama anak-anak. Dengan belaian kasih sayang, sentuhan manja, keprihatinan, kerisauan mereka..semua itu pernah membuatkan kita merasa sangat bahagia kerna disayangi dan sentiasa berasa selamat lantaran ada yang menjaga dan melindungi kita.
Namun, tatkala usia si anak semakin menganjak dewasa, kita mula terlupa akan mereka.
Kita terlupa betapa satu ketika dahulu, mereka sangat menyayangi kita lebih dari nyawa mereka sendiri. Hari ini.. kasih sayang,keprihatinan dan kerisauan mereka terhadap kita membuatkan kita merasa bahawa hidup kita dikongkong dan disekat! Kita merasa bahawa dalam banyak hal kitalah yang benar, dan mereka hanyalah insan tua yang tidak tahu apa! Seandainya inilah yang berlaku, bayangkanlah perasaan mereka yang dulu pernah memanjai dan mendidik kita bagai menatang minyak yang penuh.
Wahai anak, sedarlah!
Insafilah..bahawa merekalah insan yang paling layak untuk kita patuhi dan sayangi selepas taat kita kepada Sang Khaliq. Kerana itulah, kita dapat lihat betapa Allah swt telah menyebut berulang kali, bahawa selepas ketaatan kita dipersembahkan kepada Allah swt,maka ayah dan ibulah yang keduanya.
Allah swt berfirman yang mafhumnya:

(Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan DIA dengan sesuatu pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa) An Nisa:36
( Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia) Al Isra’: 23

Hadith peninggalan Rasulullah saw juga banyak sekali menyebut tentang keutamaan untuk kita berbuat baik kepada ayah dan ibu selepas ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah dan RasulNya. Di samping itu, Rasulullah saw juga ada mengingatkan tentang balasan buruk apabila kita menderhaka dan menyakiti mereka.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya:(Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling berhak aku hormati? Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu berkata lagi: “ Siapakah setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.”
Lelaki itu bertanya lagi: “ Siapa lagi setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “
Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Lalu siapa lagi sesudahnya?” Nabi s.a.w
menjawab: “ Ayahmu.”) HR Bukhari
(Rasulullah saw bersabda, Dosa-dosa besar: Syirik terhadap Allah, menderhaka kepada ibu bapa,membunuh diri dan bersumpah dengan dusta) HR Bukhari

Hari ini kita dapat lihat, bagi mereka yang mempunyai kekasih hati, mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang atau terlupa. Ada masanya, kita lebih mengutamakan untuk bertanya khabar si kekasih, bertanya sakit peningnya, meminta pendapat, nasihat, doa dan sebagainya. Sedangkan kita terlupa bahawa ayah dan ibulah yang lebih berhak ke atas diri kita untuk mendahulukan mereka berbanding semua insan lain.
Ayuh, kita cakna semula diantara adab-adab yang perlu kita jaga selaku seorang anak kepada ibu bapa.Together towards anak soleh/solehah..!! (^_^)



1) Hendaklah kita memuliakan mereka
2) Bersalaman dan mencium tangan mereka sebagai tanda kasih dan hormat
3) Menjaga adab ketika bercakap dengan mereka
4) Menyahut panggilan mereka tanpa melengah-lengahkannya
5) Sentiasa berusaha menggembirakan mereka
6) Menjaga harta mereka
7) Tidak mencaci dan meninggikan suara terhadap mereka
8) Tidak mendahului mereka dalam segala hal
9) Tidak duduk di tempat tinggi daripada mereka
10) Sentiasa meminta izin dan pandangan mereka mengenai sesuatu hal
11) Menghormati sahabat-sahabat mereka
12) Tidak berlebih-lebih dalam memuliakan isteri (khusus bagi yang bergelar suami)
13) Memperbanyakkan doa kepada mereka

Wahai anak, rebutlah kesempatan yang masih Allah berikan pada kita hari ini. Hargailah mereka, sayangi mereka dan mohonlah ampun maaf atas segala salah silap kita selama ini. Semoga dengan doa dan restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dalam golongan insan yang berbahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Kerna sesungguhnya, redha Allah swt itu datangnya jua daripada redha ayah dan ibu.

Abdullah bin Amru berkata, Rasulullah SAW bersabda: Keredaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredaan ibu bapanya. Dan kemurkaan Allah adalah bergantung kepada kemurkaan ibu bapanya.” (Hadis al-Tirmizi).
‘Ya Allah,ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku.. Rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mengasihiku sejak kecil..’ Amin..~

Sunday 26 May 2013

Pelamin Saving dan menarik

Sebagai seorang wanita , perkahwinan tu adalah yang paling penting untuk mereka. Sekali seumur hiduplah katakan . So, aku sebagai seorang wanita mestilah nak yang terbaik tapi bajet pulak kurang .Tempoh masa nak prepare semuanya tu memang sangat pening dan membimbangkan.Dengan nak pakai inai, pelamin, bilik pengantin nak di hias, baju nak prepared,dah la semuanya last minutes . hahaha. tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar , walaupun majlis tak gempak . Terima kasih jugak kepada semua ahli keluarga aku yang banyak menolong , adik perempuan aku , kak ira ( kakak angkat ) paling-paling menjayakan majlis tu Puan Noraziyah dan En Abdullah (mama dan papa) . Thanks semua . Pelamin , hantaran ,bunga tangan semua buat sendiri . Langsir 2 tahun lepas , nak kasi bulat camgitu pakai gelung ,nak tambah lawa kena ada bunga . Bunga , tepak sirih tu ( Rm 35 ada 3 set ) tu semua beli kat Semua House kat Jalan TAR . So, kalau korang kawen sila-silalah pergi sana . Jimat sikit duit korang . Kalau rasa boleh buat sendiri baik buat sendiri sebab duit yang lebih tu bolehlah buat-buat beli barang rumah nanti . Tak payah pikir nak bayar hutang nanti lepas kawen . Yang penting akad nikah tu , wajib !
Tengok carpet ungu , haa.. tu carpet kak ira :) thanks akak
Hantaran hasil kretif sendiri :)

Bunga tangan sendiri buat dan baju tu tempah dan maniknya adik perempuan saya buat :D 
Pelamin buat sendiri cuma sewa lampusportlight je ..



Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke Jannah 


Saturday 25 May 2013

“La tahzan innallaha ma'ana” Jadilah wanita yang paling bahagia

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan !
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan!
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.
 Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia!

Friday 24 May 2013

Istikarah Cinta

Istikharah cinta melambang cinta itu sebenar suci jika kita pandai menilai kebaikan yang tersembunyi .Manusia terlalu taksub mencari cinta sejati wahal jodoh pertemuan, ajal maut itu Allah yang Maha Esa menentukan . Kita hanya perlu sabar menunggu jodoh tanpa melakukan pengorbanan dalam bercinta . Cinta yang suci hanyalah hadir sewaktu kita halal menjadi yang sah. Tetapkan pilihan yang menjadi kekal abadi hingga jannah , itu cinta sejati . 


Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..

Thursday 23 May 2013

Saya kawen muda !

02 Februari 2013 , usia 23 tahun itu saya telah di ijab qabul . Siapa sangka papa nak jugak kasi aku kawen awal. Dulu katanya kena ada aset sendiri . kena ada simpanan sendiri , kerjaya tetap , kereta baru boleh kawen . Macam mana pulak papa boleh terima keputusan aku nak kawen pulak .hehehehe. Ini mungkin sebab suami aku tu terbaik kot . Aku ingat lagi first time suami aku lamar , beberapa hari sebelum raya tahun lepas , lepas kitorg balik dari jalan-jalan dia ada cakap yang mak dia tak suka aku , apa lagi . aku terus keluar kereta dan balik rumah cepat . Boleh pulak time tu aku sakit perot nak tuuuttt .. hahaha. menangis aku dalam bilik air . Tiba-tiba aku dengar suara suami aku tu tanya mama papa  . " ma , along ada ? 
apa lagi , terus aku keluar . Then , dia tanya mama papa aku sambil melutut depan pintu rumah aku . katanya " ma, pa .. saya nak melamar along , boleh tak ??  Time tu punyalah malu aku , dah la depan adik beradik aku semua . aduiiii , papa tak membantah . Papa terus cakap ' tanyalah tuan punya badan , papa tak kisah kalau dah betul-betul serious ' . 
Time tu jugak aku terpinga-pinga sementara , dah la tengah sakit perot , buat aku nangis .Pastu boleh pulak nak melamar . Sekarang aku dah jadi isteri dia yang sah . itu bermakna , aku dah terima lamaran dia :)

Dengan sekali lafaz je , aku dah jadi isteri dia yang sah . Alhamdulillah, alhamdulillah !!
hoyeee ! hoyee !!  ( jangan nak hoyee sangat , kena ingat dah jadi seorang isteri segalanya perlu terbaik , tanggungjawab besar tu ) 





Wednesday 22 May 2013

Kehendak sebuah kesempurnaan

Manusia sentiasa mempunyai kehendak demi memuaskan nafsu hati . Perasaan sentiasa menjadi bercelaru . Apakah itu kata hati ? atau hanya sekadar pemainan semata-mata . Hakikat sebagai seorang hamba Allah . Hanya mahukan kesempurnaan . Kesempurnaan yang menjadi impian tanpa berfikir panjang . Perjuangan untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba. Yang pasti kita hamba yang kerdil sentiasa lalai , alpa dengan kemewahan , keseronokan dunia . Walaupun kita tahu hukum, salahnya perbuatan yang kita lakukan tapi mengapa ? kenapa ? kita sentiasa hanya menginginkan yang salah wahal yang menjamin kita lepar jauh kerana masih dibuai keindahan dunia yang sementara !


Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan
                                                                         ( Ar-Rahman: 29 )

Ketika laut bergemuruh , ombak menggunung , angin kencang menerajang yang kita sebut hanyalah namaNya " Ya Allah "' . Ya Allah ! Ya Allah !


Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, kita yang tertimpa akan selalu berseru "Ya Allah" Ya Allah !Ya Allah !


Ketika bumi terasa menyempit dengan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus kita pikul,
menyerulah "Ya Allah " Ya Allah ! Ya Allah !


Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundah gulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya.
Setiap subuh menjelang, tengadahkan kedua telapak tangan, julurkan lengan penuh harapan, dan arahkan terus tatapan matamu ke arahNya untuk memohon pertolongan! Ketika lidah bergerak, tak lain hanya
untuk menyebut, mengingat dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, syaraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar. Demikianlah, dengan selalu menyebut nama-Nya, keyakinan akan semakin kukuh .Kerna , Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya


                                                                                                           
                                                                 




Hanya Padamu

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Ya Allah..
Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,

Isteri yang sentiasa dihati suamiku..

Tuesday 21 May 2013

Ensiklopedia Alquran






1. Surat yang tak diawali dengan Basmalah adalah surat Al.Taubah
2. Surat yang memiliki dua basmalah adalah surat An Naml
3. Mahkota dan keindahan Al Quran Adalah surat Ar Rahman
4. Jantung Al Quran adalah Surat Yasiin
5. Surat terpanjang adalah surat Al Baqarah6. Surat terpendek adalah Al Kautsar
7. Ayat terpanjang dalam Al Quran adalah ayat ke 282 dari surat Al Baqarah
8. Ayat terpendek dalam Al Quran adalah Thaha
9. Huruf pertengahan dalam Al Quran adalah huruf Ta'
10. Kata terpanjang dalam Al Qur an adalah Fa asqaina kumuhu (Al Hijr 22)
11. Kata paling pendek dalam Al Quran adalah Ba dalam Basmalah
12. Surat yang pertama kali turun adalah Al Alaq
13. Surat yang terakhir turun adalah AL- Nashr
14. Jumlah Juz dalam Al Quran adalah 30 juz
15. Ayat-ayat yang bilamana orang yang mendengarnya atau membacanya wajib bersujud ada empat ayat As-Sajdah ke-32, Fushilat ayat ke -41, Al Najm ayat ke-53, dan Al Alaq ayat ke-19 )
16. Jumlah Basmalah dalam Al Quran ada 144
17. Ayat yang paling penting dalam Al Quran adalah ayat kursy
18. Surat yang diseluruh ayat-ayatnya menyertakan kata Allah adalah surat Al Mujadalah
19. .Surat yang tidak terdapat huruf Mim didalamnya adalah Al Kautsar
20. Surat yang tidak terdapat huruf Fa didalamnya adalah Al Fatihah
21. Awal turunnya Al quran adalah 17 Ramadhan tahun pertama kenabian
22. Al Quran turun kepada Rasulullah Saw selama 23 tahun (menurut riwayat yang mahsyur) sebanyak 95 surat turun di Mekkah dan 19 lainnya turun di Madinah.

Ini dia fifa datang!

aip!saya pipa!blog ni saya buat khas utk membe saya dila yg berada nun jauh di sana..maintain ini blog bebaik ye! :D

Friday 17 May 2013

TRIP WITH best friend and Hubby

Siapa sangka malaysia masih mempunyai pulau-pulau yang masih cantik dan dibanggai oleh pelancong luar . Pulau perhentiaan ni memang sangat cantik , boleh dikatakan puas hati la walaupun hanya balik hari je . Pagi-pagi lagi aku dah bangon siapkan bekalan untuk bawak ke sana dengan mengoreng mee . Dari Jertih rumahku nak ke jeti dalam 15 minit je . So, kitorang kena sampai ke sana sebelum pukul 8 pagi sebabnya 8.30 pagi bot akan sampai . kira first time aku naik bot selama 1 jam , memang mabuk laut dibuatnya tapi memang teruja gila koot .  



en suami dengan gayanya tersendiri 


sedang feeling-feeling holiday 
      
kelantan dihatiku 
                   


besprend selamanya 

iklan colgate

siapa hot ??

bincang-bincang







Hari kedua, aku bawak kekasih-kekasihku ini jalan ke kuala terengganu. Alhamdulillah, semuanya selamat .Akhirnya dapat jugak jejak ke masjid kristal dan solat kat sana . Sekarang nie, tak nak anak masih boleh feeling-feeling muda macam member-member aku  , Lepas , takda la nak feeling memilingnya . 


feeling cinderella 


pantai batu buruk


masjid kristal 

w/ love