nuffnang ads

Saturday 29 June 2013

Pantang wanita bila orang yang BF, suami lupa hari penting

ohh  , i'm 23 years old and already be a wifey ? Tahun lepas saya masih 22 tahun masa kenal dia tapi sekarang seusia 23 saya sudah menjadi isterinya . Dua kali sambut birthday dengan orang yang sama dan tempat yang sama iaitu suami saya. Cadangnya nak gi pulau perhentian tapi akhirnya bersama kawan-kawannya ke Cameron Highland . That day , memang sentap sangat kot . Adooiii, tunggu pak cik tu wish birthaday punya lama . Dalam jam 12.45am baru dia wish . Waddafishhhh !!! sakit hati , kecik hati !! Wish je pun bukan suruh bagi hadiah ke hape .Perempuan sangat-sangat pentingkan bila hari istimewa tapi orang yang dah jadi sebahagian dalam hidup kita tak hiraukan atau lupa . OMG , semoga tahun akan datang tak jadi lagi .

Disebabkan dia lambat wish , dan seperti tahun sebelum ni dia belikan aku bunga yang aku suka " lavender".
Nasib baik belikan aku lavender,sejuk sikit hati . Kebanyakkan perempuan lebih sukakan ros , mawar tapi aku suka sangat dengan lavender sebabnya dia sangat tahan lama untuk kelihatan menawan.Keistimewaannya , membuatkan aku setia untuk sentiasa mendapatkanya. Alhamdulillah . Cameron memang tempat paling best untuk holiday dengan keluarga , member atau nak honeymoon . Bajetnya murah dan banyak tempat yang menari kat sana . Untuk keluarga yang ramai bolehlah holiday kat sana . Bunga-bunga kat sana sangat segar dan sangat cantik. Tak perlulah ke luar negara kalau tak mampu . Kat malaysia ni masih ada tempat macam oversea. Hehehe. Sayur-sayur kat sangat-sangatlah segar . Memang best borong kat sana. Jagung mutiara , cendawan , keledek madu ,sayur-sayur segar macam kobis,daun salad,tomato,kacang macam-macamlah yang ada boleh diborong. Selain itu, boleh borong buah stoberi .Kalau pergi sana memang tak akan lupa nak beli stoberi dan tea . Puas hati holiday kat sana . Shopping dapat , makan angin dapat , hilang stress dan makanan kat sana pun sedap-sedap .


Lavender bunga yang cantik dan tahan lama untuk hidup











    

Kegilaan wanita "ros ,mawar "



                              
seronok bila dapat borong walaupun bukan baju                                               Pokaiiiii , jawabnya 
kumbang bukan seekor , bunga bukan sekuntum 









  
Kami di Stoberi farm 






   Cheesecake stoberi dan waffle stoberi 




Holiday dengan member Hubby memeng kami tak tido sama-sama sebabnya dia akan tidur lambat dan mungkin tak tidur sebab lawan FIFA . Tiap kali holiday bersama dorang memang takkan tinggal PSP tu . Dan maknanya Party Sampai Pagi . So, secara tidak langsung aku kenalah tidur dengan gf and wife member hubby . Kami tak rapat sebelum nie tapi disebabkan tidur bersama menjadi kebiasaan aku mengajak orang bergosip.Malam tu kitorang bercerita tentang itu ini . Biasalah perempuan memang kalau jumpa perempuan ada saja yang nak dikongsikan .



Nie my new buddies , wife and gurlpren member en hubby  
                                              

Wednesday 12 June 2013

Jangan terlalu mengejar yang Sempurna

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..

Monday 10 June 2013

Saat Kau Menyukai, Menyayangi dan Mencintai Seseorang

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk Keegoanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan kebahagiaanmu.

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,Bolehkah aku menemanimu dan bercerita?
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,Bolehkah aku memelukmu?
Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya?

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jangan menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, Mari kita selesaikan masalah ini bersama – sama.

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, “Ia sangat cantik dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku”

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTA menyakitimu, kau akan berkata, “Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan.”

Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia mahukannya.
CINTA adalah kau akan menemaninya di saat bagaimana keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela



Saturday 8 June 2013

I not a 'Perfectionist'



Apa 'Perfectionist' ni? Bagus ke tak bagus untuk kita jadi seorang yg perfectionist? Menurut kamus WikiApadia Perfectionist ni boleh la diberikan kepada 2 bahagian. Dari segi psychology dan dari sudut philosopy. Dari segi psychology ia merupakan kepercayaan dan keyakinan dalam diri yang dalam setiap sesuatu pekerjaan, ia mesti mencapai 'tahap kesempurnaan' macam kuasa medan magnetik Pendekar Laut. Orang macam ini, kalau jadi boss korang, maka sendiri mau ingatlah akan akibatnya. hehehe. Manakala dari sudut philosophy pulak, perfectionism adalah ketekunan dan keazaman yang untuk mencapai kualiti rohani, mental, fizik, dan material yang optimum.
Aku TAK KATA perfectionist ini sesuatu yang negatif. Cuma sesetengah orang dia tak sedar samada dia adalah seorang yang perfectionist, terlalu detail, or just being fussy. Bak kata senior aku,masa kerja di ZAaba dulu, buat kerja mesti "ZERO DEFECT". Yer lah. Kalau buat drawing, mesti la Zero Defect. Sebab once ko tersalah Draw terlebih 1 'zero' pun dah boleh tukar figure 100,000 jadi 1 juta. But when it come to art work, kerja-kerja berkaitan dengan seni, aku rasa sampai bilapun kita takkan capai 'tahap kesempurnaan' itu tadi.

Thursday 6 June 2013

Warna fesyen 2013

Tahun lalu menyaksikan warna tangerin atau oren terang sebagai warna pilihan 2012. Tahun ini pula, warna hijau zamrud telah dipilih oleh syarikat Pantone iaitu syarikat yang terkenal dengan Pantone Matching System (PMS) atau Sistem Pemadanan Pantone untuk memberi ruang kepada warna proprientari untuk digunakan dalam pelbagai industri termasuk industri percetakan, pembuatan cat berwarna, kain dan plastik. Rona hijau zamrud ini juga dikatakan membantu menggalakkan keseimbangan, harmoni dan inspirasi seseorang.
Warna yang cukup sinonim dengan batu permata ini digambarkan memiliki elemen kemewahan dan kecemerlangan. Keindahan warna inspirasi tahun 2013 tersebut turut menjadi lambang kemakmuran, pembaharuan daripada aspek kecantikan serta mewakili penyembuhan dan perpaduan.
Kelebihan yang dimiliki warna ini pastinya memberi suntikan semangat kepada pereka fesyen dalam dan luar negara. Lebih indah, warna hijau zamrud mampu membuatkan si pemakai kelihatan lebih anggun, elegan dan klasik. Sama ada di pentas fesyen mahupun di acara karpet merah, penggayaan busana hijau zamrud juga semakin meningkat. Tidak ketinggalan, warna ini juga turut menjadi pilihan raja sehari bagi tahun 2013.
Disebabkan nak up to date, aku punya baju masa walimah pun bergaya macam hindustan gitu . hahahaha. Alhamdulillah , puas hati jugaklah ngan baju tu walaupun last minutes pergi cari .
 

Wednesday 5 June 2013

kehidupan membuatkan wanita kuat

kehidupan hakikatnya membuat kita lebih berfikir dan sentiasa kuat untuk menghadapi pelbagai dugaan walaupun kita hampir tewas . Itulah hakikatnya .Keperitan hidup membuat kita kuat menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba .Mencari dan terus mencari jalan penyelesaian . Sebanyak mana kita meminta pada yang Esa , sekuat mana kita menangis untuk mengakhiri segala sakit keperitan itu . Hanya doa menjadi kekuatan untuk terus berharap .Berharap mendapat yang terbaik itulah pengharapan .

                                         
 

Menangis setiap malam ! menangis apabila sering dipersalahkan ! Itukah sebabnya wanita dilahirkan ?
Tidak sama sekali, wanita dilahirkan untuk menyokong dan menjadi tunggak kepadamu wahai kaum adam !
bukan untuk dipersia tapi untuk ditatang ,dibelai dan diberi dorangan dan kau didiklah mereka ini menjadi soleha untuk hidupmu !!

Semakin dewasanya seorang wanita semakin dia ingin terbang mencari kehidupan yang terbaik. Bukan kehidupan yang ditindas tapi kehidupan yang sentiasa diambil perhatian dan disayangi ,itulah sifat yang sukar dihakis dari hati yang luhur . Bukan hanya untuk meminta ehsan atau mengada-ngada tapi ia seperti air yang manusia perlukan !!

            AYUHHH .. KUATKAN SEMANGATMU WAHAI WANITA !!
             teruskan pejuanganmu walau kamu hanya seorang anak , isteri mahaupun sahabat !!

Monday 3 June 2013

Siapa kata wanita berkawen tidak perlukan FESYEN ??

Wanita mana tak suka cantik ,sama ada yang kecik, dewasa mahupun nenek-nenek .Even, budak kecik pun curi lipstik maknya bawak gi tadika semata-mata nak kelihatan cantik dan bergaya . Inikan pulak wanita yang sudah bergelar isteri .Tapi bagi wanita yang dah berkawen nie susah nak bergaya sebab susah nak cari fesyen-fesyen yang simple dan cantik untuk perempuan yang berhijab dan dah mempunyai keluarga.
Aaalahai , bersiap lama je husband dah bising , beli baju baru, kasut baru semua baru pun bising . Katanya " yang beli hari tu pun xpakai-pakai, dah nak beli lagi .

Beberapa tahun lalu, kita mendapati peningkatan bilangan remaja perempuan Islam mengenakan tudung untuk menutup kepala dan berpakaian dengan gaya sederhana.
Walaupun ia mungkin menjelakkan bagi golongan yang cenderung kepada ‘kebebasan’ dalam berfesyen, aliran itu semakin meningkat.

Ketika fesyen golongan lelaki tidak mendapat perhatian sebagai tajuk besar, fesyen wanita adalah sebaliknya mempunyai pengaruh kuat dalam hubungan sosial dan ekonomi.So, seharusnya kita perlu lebih berfesyen dan menutup aurat . Walaupun , seorang isteri yang hanya buat kerja rumah , basuh baju , masak tapi kita perlu berfesyen jugak untuk suami tercinta. Jangan anggap wanita yang sudah berkawen selekeh dan di anggap " katak bawah tempurung " 


                     JoM BErfesyen :D

                             



Saturday 1 June 2013

Sahabat Untuk Selamanya

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

First time kenal dorang nie pun aku dah lupa, yang pasti aku kenal dorang nie time orentasi form 1 .Di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling .haaa, kat situ aku kenal .Lepas tu , kitorang jadi sangat rapat . Sampaikan tiap kali cuti sekolah mesti akan tidur kat rumah sorang demi sorang . Malam-malam kitorang akan sembang sampailah lelap mata . Kalau dah dinamakan remaja mestilah bergosip,tak pun cerita pasal masalah paling menarik utk diceritakan pasal secret admire a.k.a lelaki pujaan . hahaahahahahaha. Itu topik yang tak akan terlepas pandang. Memang dah jadi tabiat atau lumrah perempuan . Kalau ada masalah jiwa dorang nie lah terapi saya . Dorang memang sahabat yang setia dan memahami . Dorang nie juga adalah counselor yang paling pedih la telinga dan boleh bagi feedback terbaik kalau dengar nasihat dorang nie . So, aku memang bertuah sebab mempunyai kawan yang sanggup faham dengan kenakalan aku dan kepoyoan aku nie .Tambahan pulak , dorang nie akan selalu ingatkan aku kalau aku terlalai dengan dunia nie. hehehehe. Memang banyak koleksi kawan-kawan aku yang baik tapi dorg nie antara yang terbaik dan lama aku kenal . bak kata orang puteh  " bff / best friend forever " . ye idok ? aku harap sangat persahabatan nie akan terjalin sampai bila-bila.