nuffnang ads

Wednesday, 24 July 2013

REsepi Puding Triffle

Tak tau nak buat desert apa untuk juadah berbuka dan raya nanti . Boleh cuba buat puding triffle ni, nampak glemor gitu kalau raya buat puding triffle ni macam open house kat hotel 5 star gitu . Ramadhan kali ni pun boleh buat desert untuk berbuka . Bolehlah sedekah bagi jiran tetangga ,dapat jugak pahala free dan mengeratkan silaturahim .



BAHAN-BAHAN

1) Kek Swiss Roll 
2) Fruit Cocktail 
3) Nata de Coco 
4) Serbuk Agar-agar 
                                          
Utk Custard Sos: 
1) serbuk kastard (35gm )
2) susu penuh krim (375ml)
3) gula castor (50gm )
4) esen vanila (1tsp)
5) susu penuh krim (50ml)
                                      

CARA-CARA

1. Sebatikan serbuk kastad dengan susu dahulu agar tidak berketul. Campurkan dengan gula castor serta esen vanilla.
2.Kemudian Masak dengan api yang sederhana, sehingga custard masak dan pekat. Masukkan 50ml susu penuh krim untuk mencairkan sedikit sos kastad. Tutup api dan biarkan custard sejuk sedikit.


Untuk menyediakan lapisan bawah triffle,  



3.Potong kek swiss roll dgn ketebalan yang diinginkan, dan susun di dalam bekas.



4.Masukkan campuran buah-buahan serta nata de coco supaya sekata, dan tuangkan sedikit air gula dari campuran buah-buahan dan nata de coco tadi untuk melembabkan sedikit kek.
5.Tuangkan custard sos tadi dan ratakan sehingga menutupi seluruh lapisan kek dan campuran buah-buahan bersama nata de coco.
6.Masak agar-agar mengikut masa yang telah diberikan sehingga mendidih. 
7.Kemudian tuangkan perlahan-lahan diatas lapisan custard agar custard tidak pecah dan merekah
8.Apabila agar-agar mulai sejuk dan keras ,masukkan kedalam peti sejuk selama 2 jam.  Setelah itu, bolehlah dihidang ketika sejuk. 

P/s : Anda boleh tukar mana-mana step menyediakan lapisan triffle mengikut kreativiti anda sama ada nak lapisan custard dulu kemudian lapisan agar-agar . kalau nak lagi sedap boleh tambah whip cream .

bila tambah whip cream ia lebih sedap
Boleh di buat dengan buah-buah yang segar
                  
Sesuai untuk menjamu selera berbuka mahupun raya 

No comments:

Post a comment