nuffnang ads

Friday 22 November 2013

hidayah yang tercampak




dikeheningan ini,rasa sayu menikam sanubari 
airmata jatuh di sajadah 
merungkai tafsir diri 
qalbu, kau penuhi dengan iman 
namun hidayah yang datang 
menjatuhkan tubuh lesu. 
sungguh! iman yang ada belum cukup 
rupanya riak yang bertapa. 
selepas hidayah itu tertusuk ke hati, 
tubuh itu bangkit dengan lemah 
menadah tangan terketar-ketar! 
ia adalah tadahan memohon ampun 
dari Yang Maha Agung. 
hidayah,kau tak kenal yahudi,ansar dan nasrani. 
kau dicampak pada mereka yang dikehendaki. 
dalam gugup menahan tangis keinsafan ini 
sedarlah aku hidupku lebih bererti. 
kerana hidayah yang tercampak.

Thursday 14 November 2013

dejavu



Hello sekalian. What's up?

Dan pernah tak masa korang bangun dari tidur yang seharian tu, korang mengalami dejavu? Well, korang tahu what the hell is dejavu? Dejavu ni macam korang re-experince semua apa yang korang pernah alami. Ianya umpama seolah-olah korang pernah berada dalam situasi yang exactly sama tapi korang tak boleh recall macam mana korang boleh pernah mengalami situasi tu.

At the first place, aku ingatkan Dejavu ni satu istilah dan kepercayaan Hindu atau budha. Iye lah. Macam "Karma" yang korang dok percayakan tu. Tapi bila aku baca lagi, baru aku perasan yang Dejavu ni sebenarnya dari perkataan Perancis yang bermaksud "Already Seen" atau dalam bahasa melayunya; Dah Pernah Lihat.


Actually lah kan, lebih dari 70% manusia kat muka bumi ni pernah mengalami dejavu. And lagi 30% tu, samaada tak ingat yang dia pernah mengalami dejavu or buat-buat lupa sebab tak nak mengaku akan kewujudan dejavu. 


Apa yang orang kata tentang Deja Vu
Roh?

Dipercayai, semasa kita tidur, kita punya roh akan keluar dan kadang-kadang, dia akan pergi ke tempat-tempat yang dia teringin sangat nak pergi. Dan kadang-kadang, roh kita akan keluar untuk berjumpa dengan roh orang yang dia teringin nak jumpa. For example. Korang dapat masuk ke UPM. Korang excited gila. Pastu sebelum tidur tu korang berangan la pasal UPM, pasal awek cun UPM, pasal jejaka handsome UPM, pasal kelas cantik UMP dan sebagainya. And then, bila korang sampai ke UPM korang rasa macam 'Ehhh. Macam pernah nampak la tempat ni. Ehh lagi! Macam kenal la awek tu. Serious!" Even korang tak pernah lagi pergi kat tempat tu, korang dah rasa macam korang dah pernah sampai ke tempat tu.

Ada certain pendapat percaya yang keinginan kita yang terlampau tinggi tentang sesuatu benda akan menyebabkan roh kita melaksanakan keninginan kita masa kita tengah tidur. The problem is, kita roh kita tak bawa otak sekali. So, sebab tu lah kita biasanya akan lupa pada apa yang roh kita dah terokai.

Begitu juga dengan mimpi dan Istikharah. Sebab itu lah orang kata jangan ikut istikarah yang based on mimpi semata-mata. For example, korang buat istikharah, pastu korang termimpikan boyfriend korang. Ianya maybe disebabkan oleh roh anda yang terbang dan masuk ke dalam mimpi anda bersama boyfriend anda sebab tak reti-reti nak bersabar bila cakap bab kahwin.


Dan juga tak mustahil yang setiap Dejavu yang berlaku adalah disebabkan oleh imbasan perjalanan hidup yang diceritakan Allah di alam roh semasa kita berada di dalam rahim dahulu. Kita semua tahu yang penceritaan dari Allah bukan melalui suara, bukan melalui lisan; ianya tentu sekali amat berbeza dari apa yang boleh difikirkan oleh manusia. Dan tak mustahil yang semasa kita dalam keadaan roh itu, kita di lihatkan dengan perjalanan hidup dan masa depan kita. Sadly, kita hanya ingat the some of them.


Mainan otak

Otak kita penuh dengan mainan. Dan selalu di permainkan. Tapi, otak kita berfungsi pada setiap masa kecuali bila kita mati. Dan jangan terkejut, otak kita sebenarnya amat aktif semasa kita tidur - lagi aktif dari semasa anda menonton drama Melayu tipikal. Dalam kes Deja vu, ada sebahagian percaya bahawa fenomena Deja vu hanyalah mainan otak. Contohnya bila kita pergi ke suatu tempat yang kita tak pernah pergi, entah macam mana kita seolah-olah rasa yang kita dah pernah sampai kat tempat tu. Sebenarnya, kemungkinan besar yang otak kita matchkan visual yang diterma oleh mata dengan tempat-tempat yang korang pernah pergi dah yang pernah nampak secara visual. Sebab itu lah korang rasa seolah-olah korang re-experience peristiwa yang exactly sama.

Ianya memaparkan konsep yang sama dengan terjumpa seseorang dari alam mimpi seperti "OMG, dia la yang aku nampak kat dalam mimpi aku". The truth is apa yang anda nampak masa kat dalam mimpi adalah muka orang yang blurr. Tapi bila anda balik ke reality dan pergi jalan-jalan; otak anda akan try sebaik mungkin untuk matchkan muka sesiapa yang ada di depan mata anda dengan muka orang di dalam mimpi.

"Saya rasa kita macam pernah jumpa sebelum ini. Adakah ini semua takdir dan dejavu?"

Ianya adalah Dejavu hanya kalau korang sedar yang korang seolah-olah alami situasi tersebut masa ia tengah berlaku. Tapi kalau misalnya korang tengah bertukang then tetiba korang seolah-olah tahu yang sesuatu akan berlaku, dan at the end ianya berlaku exactly seperti yang korang gambarkan, then itu bukan Dejavu. Itu benda lain.

Well, walau apa pun punca sebenar Dejavu ni, agak mustahil untuk manusia huraikan.

Saturday 12 October 2013

mummy to be here !! daddy please be nice.


Hello October! Goodbye September. Thank you for the beautiful moon and with the will of God, we will meet again # OctoberWish is to have great expectations, no tears and find happiness. God bless and wonderful month ahead. Alhamdulillah, compom double red line . Mummy to be  
Siapa sangka aku akan preggy semuda ini . Segalanya sukar dibayangkan dan sentiasa buat aku memikir banyak perkara untuk dapat baby yang sihat , cerdik dan menjadi anak yang soleh/solehah . Harapan aku feeling-feeling nak baby twins . Seronok je teengok . Kandungan aku dah 1 bulan diusia 23 tahun dan diusia 24 tahun aku dah pegang baby . Wahhh, macam tak caya je, kawan-kawan aku masih melenggang-lenggang. 


wish for twins :)


Before ni, aku tengok mak aku slamber je pregnant tapi bila aku alaminya sendiri baru aku faham macam mana perasan tu . Aku hilang selera makan ,pastu aku nak makan benda yang betul-betul ikut selera . Kadang-kadang en suami tak nak memahami pun. Emosi pun susah nak kawal sekarang ni , aku jadi sangat mudah untuk mengeluarkan air mata , cepat terguris dan terhiris . Tapi aku cuba tahan dan kuatkan perasaan nie walaupun kadang-kadang terbabas jugak . kategori aku nie dikirakan boleh dimaafkan lah sebab tak mintak benda bukan-bukan ,boleh sabar lagi , takda muntah darah ke . Alhamdulillah , mintak-mintak dijauhkanlah semua tu . 

Kepada para suami , Silalah fahami jiwa isteri anda yang sedang mengandung dan cuba prihatin dan bersyukur untuk isteri dan bakal anak anda . 




Monday 23 September 2013

Program Wakaf Quran 2013


Assalamualaikum semua

 P
ihak UniKL MIIT telah kembali dengan Program Wakaf Quran 2013. Program wakaf ini adalah kesinambungan daripada program wakaf yang jalankan pada tahun lepas.


Pada kali ini 
pihak UniKL MIIT akan menghantar Quran-quran yang telah diwakafkan ke pesantren-pesantren di sekitar Jogjakarta dan Bandung, Indonesia. Mengapa Indonesia?


Ini kerana , pertambahan bilangan sekolah pondok di Indonesia adalah lebih pesat berbanding di Malaysia sesuai dengan populasi penduduk Muslim mereka yang paling ramai. Jadi atas sebab itulah kita ingin sumbangkan Quran dan peralatan lain kepada mereka untuk meringankan beban mereka.

Maklumat wakaf adalah seperti berikut:

1 Lot = RM 10
1 Naskhah(5 lot) = RM 50


 

Bagi sesiapa yang ingin membuat sumbangan terus boleh lah salurkan ke akaun bank syarikat SS Global Saga (14070000360104) - Cimb Bank. 

**Kutipan berlangsung sehingga Hari Raya Qurban 2013**

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian berikut :

Megat Firdaus : 012-651 2262
Shameer : 017-211 9969
Badrul Hisham : 017-447 3009
Syafiq Fikri : 017-209 5059 / 03-2175 4000 ext 5406
Fairul Iskandar : 012-210 0805 / 03-2175 4000 ext 4419

ATAU Berkunjung ke Pejabat beralamat di :

Hal Ehwal Mahasiswa
Tingkat 1,
Universiti Kuala Lumpur,
1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Sila layari Fan Pages  juga untuk mengikuti aktiviti yang telah kami jalankan pada tahun lepas

Fan Pages : Program Wakaf Quran (UniKL)
Gambar Semasa Program 2012 : http://goo.gl/Rui6G

 

***TEKAN BUTANG "SHARE" DIRUANGAN BAWAH NI JUGA AKAN MENDAPAT PAHALA..INSYAALLAH***

Mungkin kita tidak mampu utk menyumbang apa2 tetapi dengan satu klik pada butang 'SHARE' ada saudara kita yang mampu menyumbang terbaca pekara ini dan telah menyalurkan wangnya kepada PROGRAM WAKAF QURAN maka dengan satu klik butang SHARE anda tadi telah menjadikan anda juga penerima pahala dari sebab sumbangan orang yang terbaca apa yang anda sharekan padanya...SUBHANALLAH...

Saturday 21 September 2013

Christina Perri - A Thousand Years Lyrics



(Verse 1)
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow
One step closer
(Chorus)
I have died every day
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
(Verse 2)
Time stands still
beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me
Every breath,
Every hour has come to this
One step closer
(Chorus)
I have died every day
Waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
One step closer
One step closer
(Chorus)
I have died every day
Waiting for you
Darlin' don't be afraid,
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more



Tuesday 10 September 2013

La Bourse Tonic Essence untuk rambut bermasalah


Umumnya, masalah rambut adalah perkara yang biasa terjadi pada setiap orang. Ada bermacam-macam masalah berkenaan rambut yang sering terjadi. Ia termasuklah kelemumur, rambut gatal,keguguran rambut yang melampau,rambut jarang,rambut rapuh dan yang sering terjadi, namun tidak diendahkan ialah masalah rambut kusam.
Kesan daripada rambut yang bermasalah membuatkan anda kelihatan tidak bermaya, selekeh dan juga hilang penampilan diri walaupun kita seorang muslimah bertudung. Ada beberapa isu dimana mereka yang mengalami masalah rambut menyebabkan mereka hilang keyakinan diri.
Pasti kita ingin rambut sebegini walaupun bertudung 

Namun, tahukah anda, udara kotor adalah punca utama kepada penyebab rambut menjadi masalah?
Selain itu, kandungan detergen yang terdapat pada syampu juga adalah penyebab kepada rambut menjadi kusam. Penggunaan syampu setiap hari akan menyebabkan pelembab semulajadi rambut semakin berkurangan.

La Bourse Essential Tonic Shampoo -300ml

With Horse Tail Extract, Ginseng Extract & D-Panthenol HAIR REVIVAL & STRENGTHENING Shampoo for producing the new strong hair and long hair acceleration.

Application:
1st Step: Apply shampoo on wet hair evenly and massage it for 5 minutes. 
2nd Step: Allow the Shampoo to act on the scalp
3rd Step: Rinse the Shampoo completely out (DO NOT BLOW DRY HAIR) 
4th Repeat step: Daily for at least 2 months

La Bourse Essential Tonic Conditioner -250ml

With Horse Tail Extract, Ginseng Extract & D-panthenol 
HAIR REVIVAL & STRENGTHENING Hair Conditioner for deeply nourishment Nourish the hair to be more perfect with LABOURSE Hair Conditioner with the value of Herbs. Help stimulate the blood circulation under the scalp. Strengthen the hair roots. Accelerate hair growth, faster long hair, soft and smooth hair, flowing hair, not fuzzy, well weighted hair and healthy. It is recommended to use with hair growth acceleration shampoo for more effective.

La Bourse Speedy Hair Nourishing Superior Hair Tonic Essence -45ml

Concentrated formula with Ginseng and D-Panthenol Hair Growth Acceleration Tonic. Reduce hair loss. Ginseng Herbal and D-Panthenol Formula.
Help nourish the hair roots and scalp. Accelerate the production of new hair from Ginseng Extract which helps stimulate blood circulation under the scalp. Accelerate a better proliferation of hair including nourish and strengthen the hair, not to fall.






LA BOURSE Paris Tonic Essence Shampoo + Hair Tonic + Conditioner.

Syampu ini membantu untuk membesarkan saluran darah kapilari dan mengaktifkan papila rambut untuk merangsang pertumbuhan rambut. Merangsang sel-sel bertindak sebagai perlindungan terhadap kehilangan rambut dan menguatkan rambut. Syampu menyahtoksin kulit kepala dan eleminates kelemumur dan gatal-gatal kulit kepala,menguatkan akar rambut dan berkesan terhadap kehilangan rambut - rambut yang rosak & lemah - pertumbuhan rambut (Botak) - Menguatkan akar rambut dan berkesan terhadap keguguran rambut - Penghidratan / Elimiates Kelemumur dan gatal kulit kepala
FUNGSI:

♥ Mengurangkan rambut gugur
♥ Melebatkan rambut
♥ Memanjangkan rambut
♥ Menghilangkan kelemumur
♥ Menguatkan akar rambut

SESUAI UNTUK LELAKI & PEREMPUAN

Berminat boleh pm/sms/whatsapp 0146464295 or 011-16292951



Wednesday 4 September 2013

Pasta seafood



BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta Linguini
500 gm udang
500 gm sotong
1 kilo kupang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus

2 tin tomato soup
1 tin kecil tomato puree
1-2 ketul kiub stok ikan bilis
4 helai daun bay kering - dikoyak
1/2 sudu kecil herba thyme 
1/2 sudu kecil herba oregano
1/2 sudu kecil herba basil 
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun - menumis 
Keju parmesan - tabur bila nak makan

* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri 

CARA MASAK PASTA :

Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu besar butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan digaul rata supaya pasta tak melekat .

CARA MASAK SOS :

Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang , basuh dan ditos ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.

Masukkan semua tomato sup , tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra . Masukkan bay leaf , herba - thyme/basil/oregano serta kiub daging dan kacau sos supaya semua bahan cukup sekata .


Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan sotong/udang/kupang kemudian kacau semua bahan . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sos . Bila sos dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis . Boleh hidang pasta linguini dengan sos seafood ni bersama parutan keju parmesan .

The conjuring cerita anak malaysia



Conjuring adalah Amerika filem seram ghaib 2013 yang diarahkan oleh James Wan anak kelahiran Kuching,Serawak.Malaysia. Filem ini berdasarkan kisah Vera Farmiga dan Patrick Wilson bintang seperti Ed dan Lorraine Warren yang berada Amerika paranormal penyiasat dan penulis yang berkaitan dengan kes-kes yang menonjol menghantui. Laporan mereka diilhamkan Seram Amityville ini.Warrens datang ke bantuan daripada keluarga yang Perron (Ron Livingston dan Lili Taylor), yang sedang mengalami peristiwa-peristiwa yang semakin membimbangkan di ladang mereka di Harrisville, Rhode Island pada tahun 1971.
Conjuring ini dikeluarkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada 19 Julai, 2013, dan di United Kingdom dan India pada 2 Ogos 2013.

The Conjuring
Conjuring poster.jpg
Theatrical release poster
Directed byJames Wan
Produced byTony DeRosa-Grund
Peter Safran
Rob Cowan
Written byChad Hayes
Carey Hayes
StarringVera Farmiga
Patrick Wilson
Ron Livingston
Lili Taylor
Music byJoseph Bishara
CinematographyJohn R. Leonetti
Editing byKirk M. Morri
StudioThe Safran Company
Evergreen Media Group
New Line Cinema
Distributed byWarner Bros.
Release date(s)
  • July 19, 2013
Running time112 minutes[1]
CountryUnited States
LanguageEnglish
Budget$20 million[2]
Box office$243,327,000[3]
Sinopsis 

Pada tahun 1971 , Carolyn dan Roger Perron berpindah ke rumah ladang usang di Harrisville , Rhode Island dengan anak-anak lima mereka. Pada hari pertama, langkah mereka berjalan dengan lancar , walaupun anjing mereka, Sadie , enggan memasuki rumah dan salah satu daripada anak-anak perempuan mendapati sehingga pintu masuk ke bilik bawah tanah dinaiki a.
Keesokan harinya , Carolyn bangun dengan lebam misteri dan mencari Sadie terbaring mati di luar rumah. Sejak beberapa hari akan datang, pelbagai kejadian gangguan paranormal berlaku. Aktiviti yang memuncak satu malam manakala Roger jauh di Florida, apabila Carolyn dikunci di bilik bawah tanah dan semangat yang kelihatan seperti seorang perempuan tua menyerang salah satu daripada anak-anaknya .
Kenalan Carolyn berkata paranormal penyiasat Ed dan Lorraine Warren untuk bantuan. The Warrens menjalankan siasatan awal dan membuat kesimpulan bahawa rumah itu mungkin memerlukan penghikmatan an , walaupun ini tidak boleh dilakukan tanpa bukti lanjut dan kebenaran daripada Gereja Katolik.
Ketika menyelidik sejarah rumah itu , Ed dan Lorraine mendapati bahawa rumah itu pernah dimiliki oleh seorang ahli sihir tertuduh, Bathsheba , yang cuba untuk mengorbankan anak-anaknya kepada syaitan dan membunuh diri pada tahun 1863 selepas mengutuk semua yang akan mengambil tanah itu. Harta itu sekali 200 + ekar tetapi telah dibahagikan kepada petak-petak kecil. Mereka mendapati laporan banyak pembunuhan dan bunuh diri di rumah-rumah yang telah pun dibina di atas petak-petak yang dahulunya sebahagian daripada harta .
Ed dan Lorraine pulang ke rumah dalam usaha untuk mengumpul bukti untuk menerima kebenaran untuk penghikmatan An. Salah satu daripada anak-anak perempuan , Cindy sleepwalks ke dalam bilik kakaknya dan mendedahkan laluan rahsia di sebalik almari pakaian. Lorraine memasuki laluan dan jatuh melalui lantai ke dalam ruangan bawah tanah , di mana dia melihat roh-roh orang-orang yang Batsyeba telah gila. Semua ibu-ibu yang Batsyeba digunakan untuk membunuh anak-anak mereka . Satu lagi anak-anak Perron adalah ganas menyerang dan diseret lantai oleh satu kuasa ghaib.
Walaupun keluarga Perron mengambil perlindungan di sebuah hotel dan Ed dan Lorraine mengambil keterangan mereka kepada Gereja untuk menganjurkan penghikmatan an , anak perempuan mereka diserang di rumah mereka sendiri oleh roh-roh dari rumah Perron itu.
Carolyn, yang sebelum ini dimiliki oleh semangat Batsyeba , mengambil dua anak perempuannya , Christine dan April, dan memandu pulang ke rumah. Ed, Lorraine , dua pembantu mereka dan tergesa-gesa Roger ke rumah di mana mereka mendapati Carolyn cuba untuk menikam Christine. Selepas membantutkan Carolyn , Ed memutuskan untuk melaksanakan penghikmatan itu sendiri, walaupun lari Carolyn dan sekali lagi cuba untuk membunuh anak perempuan yang lain itu, April. Lorraine mampu untuk mengalihkan perhatian sementara Carolyn dimiliki daripada membunuh anak perempuannya dengan mengingatkan beliau memori khas dia berkongsi dengan keluarga , membolehkan Ed untuk melengkapkan penghikmatan , menjimatkan Carolyn dan anak perempuannya.


  

Friday 30 August 2013

Jiwa kosong , empty

Menaip dengan perasaan kadang - kadang membawak suatu yang drastik . Betulkan ? sebab utamanya perasaan memainkan peranan yang paling penting untuk menghasilkan karya yang menarik . Itulah hakikatnya. Kadang-kadang perasaan jugak membuat kita huru hara . Dengan perasaan jugak kita akan sentiasa memikirkan hal yang remeh temeh . Padahal, semua tu mungkin takkan terjadi atau menguntungkan . Hati wanita sentiasa dibelungi keadaan tu . Adakah disebabkan jiwa yang terlalu halus ??
Dan mungkin seorang wanita ini terlalu banyak berfikir .

Itulah dinamakan wanita  ..

Friday 23 August 2013

cake red velvet

 

Bahan A: kek
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko (van houten)
2 oz pewarna *kalau tak tahu oz, agak-agak saja.
1/2 cawan butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk (suhu bilik) *boleh juga buat sendiri. kalau nak, emel saya atau tinggalkan emel kamu di ruangan komen.
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda

Bahan B: Cream cheese frosting
2 buku cream cheese (dilembutkan)
1/2 cawan butter (dilembutkan)
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula icing (diayak) *kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan

Cara buat kek
1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius
3. Ayak tepung kek + serbuk penaik.
4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul.
5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang. 
6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar.
7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar.
8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata. 
9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata.
10. Ulang langkah 8 dan 9.
11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.
12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.

* Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven.
* Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
* Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting

Cara buat cream cheese frosting
1. Pukul butter + cream cheese sampai halus
2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila

Untuk letak frosting
1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas.
2. Sapu frosting di bahagian rata kek. *Lagi tebal lagi sedap
3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah.
4. Sapu frosting di seluruh kek.

Kek ini sedap kalau sudah masuk dalam peti sejuk dan keluarkan sekejap bagi dia tak keras, baru makan.

Monday 19 August 2013

Raya ke-3 Di seberang thailand

Raya tahun nie lain sikit sebabnya raya pertama dengan mertua then raya ke-3 baru dapat raya dengan family . Tahun nie berjimat sebab baru kawenkan, banyak benda nak beli . So, baju raya yang beli sehelai je .Itupun pakai raya pertama . Alhamdulillah , semuanya selamat . Raya pertama memang tak banyak pic sebab beraya dengan mertua pastu tak sempat nak show off .. Ramai sangat nak kenal-kenal family baru .

Raya ke-3 beraya ngan family sendiri . arghhh, raya ketiga pun memang xcukup hari la beraya dari pagi sampai ke malam . Dasyat betol kan . Tahun nie beraya di Thailand rumah sedara mara


my big family 
my super duper mama
     
di Pekan Thailand

kata papa " dulu tempat nie lubuk buaya , tempat dia ngan sedara berkubang


ohhsem kan , lawa-lawa tapi duduk blkang triton


anak sedara papa yang menetap di thailand . Pak long saya nie esco daerah narathiwat . So, selok belok thailand nie dia memang terror la .




Perbincangan tentang permainan bom dithailand 
with my lovely sis , dialah fesyen designer saya 
baju raya tahun lepas :)



with my lovely hero 

Friday 16 August 2013

Masalah rumahtangga perlu dikongsikan atau pun tidak ?

Masalah rumah tangga adakah boleh dikongsikan dengan orang luar atau pun kawan baik . Muskil jugakan? Disebabkan kawen awal dan tak berpengalaman,banyak benda yang aku rasa aku tak pandai nak amik kira . Dulu masalah coupling-coupling ni aku cerita kat member tapi dah kawen nie aku rasa macam dah tak pandai nak kongsi. Biasalah , masalah rumahtangga tak nak berceritakan tapi takut jugak kalau tak boleh selesaikan masalah rumahtangga sorang-sorang . Cuba kalau gaduh ngan husband tiba-tiba terucap pulak dia lafaz yang tak sepatutnya .



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!


WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?


LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". 

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. 

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. 

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Thursday 8 August 2013

cinta 3 segi antara saya , en suami dan ragnarok


Ragnarok itu la benda hari-hari yang husband aku suka hadap. Celik-celik mata itu yang dulunya dihadap.Ikotkan hati nak suruh dia hadap muka ni dulu sebelum dia hadap benda tu .hehehehe. Kadang-kadang terasa jugak tapi nak buat camne, dari dia hadap pic perempuan lain baik dia hadap benda alah tu . Alhamdulillah, walaupun dia gila game sangat tapi yang paling aku respectnya. Dia tak pernah lupa tanggungjawab dia .

Monday 5 August 2013

Muffin Coklat Chip


Bahan-Bahan
  • ½  cawan mentega
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat )
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(bergantung pada besar cup cakes, kalau mcm aku ni cukup 30minit, kalau kecil cup so cepatlah masak)
Tips:
  1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik  dengan sempurna.
  2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
  3. Jangan guna minyak masak yang berkacang  kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
  5. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
  6. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Sunday 4 August 2013

Kawen awal itu adalah syarak

Opss , kawen awal .. orang melayu paling suka fikir negatif . Kawen awal pun nak jadi isu . Padahalnya , kawen awal tu kan ikot syarak . Lagi cepat kawen lagi bagus . Tak adalah banyak buat dosa . Kawen waktu remaja ni bukannya dikongkong tapi kehidupan makin mendewasakan kita dan hidup pun sweet-sweet gitu . Remaja yang berkawen dengan orang dewasa yang berkawen lain kot . Bukan nak cakap camtu sebab aku pun kawen awal tapi hakikatnya. Tak rugi apa-apa pun kawen awal . So, cepat-cepat la kawen ya :)


Aspek Sejarah

Dalam sejarah Islam kita boleh lihat bagaimana Baginda Rasulullah sendiri berkahwin dengan Saidatuna 'Aisyah iaitu puteri Abu Bakar Al-Siddiq dalam usia yang begitu muda. 'Aisyah dilamar dalam usia 7 tahun dan mula bersama pada usia 9 tahun iaitu umur selepas mencapai usia baligh bagi kanak-kanak perempuan. 

Perkara ini menjadi bahan cemuhan oleh sejarawan Barat terutamanya golongan sarjana orientalis. Mereka melihat hal ini sebagai faktor kecaman dari pelbagai sudut dan andaian. Sedangkan kalau diperhatikan dalam Undang-undang Perkahwinan negara Barat seperti Perancis memperuntukkan usia perkahwinan bagi pemudanya seawal usia 18 tahun dan gadis pula berusia 15 tahun. Begitu juga Undang-undang Perkahwinan dalam Perundangan Agama Yahudi menetapkan pemuda boleh berkahwin seawal usia 13 tahun dan gadis pula berumur 12 tahun.

Cuma perubahan ini semakin ketara di dalam era moden mutakhir ini. Akibat terdapat beberapa faktor terutamanya faktor ekonomi yang membawa pada perubahan sosial sesebuah masyarakat itu ia menyebabkan proses perkahwinan ini menjadi semakin lambat.

Pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan pelbagai perkara asas dan melaksanakan beberapa syarat sebelum mendirikan rumah tangga. Maka, tidak hairanlah dalam Islam ia tidak memberikan had dan batasan pada usia mereka yang ingin berkahwin. Malahan bagi mereka yang berkemampuan untuk melaksanakannya, ia amat dialu-alukan.

Mereka Yang Menolak Berkahwin Awal

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat tidak menerima rasional perkahwinan awal bagi para remaja kerana mereka memberikan pelbagai alasan yang difikirkan wajar bagi mereka. Bahkan ada yang menganggapkan perkahwinan awal ini akan menjejaskan ekonomi, sosial dan juga kesihatan kepada pasangan remaja tersebut. Malahan ia juga menyumbangkan kepada peningkatan kadar perceraian di negara ini serta jumlah ibu tunggai dan kanak-kanak yang terbiar yang mengundang kepada gejala keruntuhan moral dalam masyarakat. Cuba ditelitikan hujah mereka satu persatu menerusi aspek berikut.

Faktor Kesihatan
Kata mereka, remaja yang berkahwin awal akan hamil pada usia muda dan berdepan banyak komplikasi serta masalah kesihatan sepanjang kehamilan, ketika melahirkan anak dan selepasnya. Ini sebabnya kehamilan di kalangan remaja dianggap kehamilan berisiko tinggi. Malahan kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat di kalangan remaja. Ia bukan disebabkan komplikasi ketika proses kehamilan dan kelahiran saja, faktor persekitaran juga menyukarkan mereka mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan secukupnya. Kebanyakan remaja tidak mendapat nasihat tepat mengenai kaedah pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga serta sukar membeli ubat diperlukan untuk pencegahan kehamilan. Bahkan, masih ada yang percaya pada adat turun-temurun untuk mengelak kehamilan.

Ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dan antara komplikasi yang berkait rapat dengan kehamilan pada usia remaja ialah seperti tekanan darah tinggi ketika mengandung, kelahiran pramatang, berat badan yang kurang dan tidak cukup zat, pucat akibat pemakanan tidak teratur atau tidak cukup, tidak mendapat pemeriksaan antenatal sewajarnya, kematian ibu dan bayi semasa proses kelahiran dan kehamilan yang terlalu kerap.

Faktor Pendidikan

Antara faktor lain yang menolak perkahwinan bawah umur juga adalah berpaksikan pada faktor pendidikan. Pengetahuan dan pendidikan yang tidak mencukupi boleh memberi kesan kepada kesihatan mental, emosi, sosial dan kerohanian remaja. Sehingga kini dianggarkan lebih kurang 16,000 remaja perempuan di bawah umur 15 tahun di negara ini mendirikan rumah tangga dan kajian menunjukkan remaja yang berkahwin sebelum umur 18 tahun kehilangan empat tahun persekolahan berbanding mereka yang berkahwin lebih lewat.

Pendidikan dan alam persekolahan bukan sekadar tempat menimba ilmu pelajaran kerana di situlah berlakunya perkembangan personaliti, persediaan melangkah ke alam dewasa yang secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian keluarga dan masyarakat serta kemampuan menjana ekonomi keluarga pada masa akan datang. Bahkan, anak-anak yang dilahirkan daripada ibu yang kurang berilmu juga dikatakan mempunyai kecenderungan mengulangi corak hidup sama seperti ibu mereka.

Faktor Mental

Berdasarkan kajian terhadap kewarasan otak yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pada tahun 2000 menyatakan bahawa perkembangan mental berasaskan kewarasan alasan, pemikiran logikal, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi belum berkembang sepenuhnya hinggalah mereka berumur 20 tahun. Gejala yang boleh berlaku pada diri mereka yang di bawah umur ini antaranya ialah tekanan mental kerana terpaksa berdepan realiti kehidupan dengan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri atau ibu bapa, bahkan mereka memerlukan kemahiran membuat keputusan, penyelesaian masalah yang berkesan, pengurusan kewangan dan emosi serta keupayaan berkomunikasi dengan baik.

Selain itu, risiko anak terabai kerana bermasalah dalam penjagaan anak terutama jika pasangan remaja ini perlu bekerja untuk menyara kehidupan. Oleh kerana tidak mempunyai kelulusan pelajaran, peluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik juga terbatas, seterusnya menjejaskan kewangan isi rumah. Bagi mengatasi masalah ini, ramai akan bekerja lebih masa. Kesannya, anak pasangan remaja berisiko mengalami pengabaian, keciciran dan kekurangan zat pemakanan.

Faktor Sosial

Akibat tekanan dalam mendirikan rumah tangga yang kurang matang serta kehidupan yang kian mendesak, pasangan remaja ini berkemungkinan kerap bertengkar dan kemungkinan membawa kepada perceraian. Kesukaran hidup antara faktor utama yang membuat ramai di kalangan mereka merasa tertekan.

Kekasaran dan keganasan dilaporkan sering berlaku apabila pasangan muda tertekan dan bertengkar. Jika ia kerap berlaku, perkahwinan mungkin tidak dapat bertahan lama. Malahan isu seperti penderaan isteri dan anak akan terus berlaku. Isu penganiayaan juga akan terjadi, ini bukan sahaja fokus kepada penderaan, tetapi ia termasuk isteri diabaikan dan ditinggalkan sendirian selepas bersalin, bayi tidak dibawa ke klinik untuk suntikan imunisasi. Ada juga kes suami menjual bayi yang baru dilahirkan untuk mendapat wang.

Faktor Penggalak Kahwin Muda

Segala faktor di atas memberikan sedikit sebanyak kepada kita bukti bahawa keburukan berkahwin di usia remaja. Namun daripada aspek larangan itu, kita perlu lihat pada aspek negatif yang berlaku jika para remaja ini dihalang untuk berkahwin. Mungkin anak lelaki kita begitu tertib di hadapan kita, usahanya untuk berkahwin awal dihalang kerana faktor pendidikan dan pekerjaan yang belum lagi dicapai. Malangnya tidak lama kemudian kita mendapat berita yang begitu menggemparkan iaitu dia dituduh 'menghamilkan' kekasihnya atas dasar suka sama suka. Pada kala itu, apakah tindakan kita?

Maqasid Perkahwinan

Persoalannya, apakah cara terbaik bagi para remaja ini terhindar dari pelbagai gejala yang merosakkan masyarakat dan menjatuhkan nilai moral mereka dalam usia yang terlalu awal? Berbalik kepada aspek agama yang kita anuti ini. Antara maqasid syarak yang sememangnya menggalakkan perkahwinan ini adalah seperti berikut :
  • Menghindari maksiat dengan cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui pernikahan yang sah. Manakala perzinaan, sumbang mahram, liwat, lesbian, kes kahwin lari, pembuangan bayi, pelacuran dan sebagainya dapat dielakkan.
  • Perkahwinan juga dapat memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman. Bila berkahwin seseorang itu menjadi semakin bertanggungjawab dan lebih amanah dalam memberikan nafkah kepada keluarganya. Jika hubungan yang dilaksanakan tanpa berkahwin, mereka tidak cuba bertanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan itu. Akibat kecewa dan putus asa inilah yang membuatkan si ibu tadi sanggup membunuh bayi sendiri kerana rasa malu untuk menghadapi masyarakat sekeliling.
  • Perkahwinan berupaya memelihara kesucian diri dan kehormatan keluarga serta masyarakat.
  • Melaksanakan tuntutan syariat kerana perkahwinan ini adalah amalan sunnah.
  • Perkahwinan dapat menjadikan seseorang itu lebih matang dalam segenap hal.
  • Perkahwinan yang sah dapat menjaga nasab keturunan. Akibat malu, kadangkala seseorang itu sanggup membunuh bayi yang dilahirkannya secara tidak sah. Namun, perbuatan membunuh bayi adalah lebih zalim dari hilangnya kehormatan dan nasab. Oleh itu, maqasid syarak menekankan bahawa memelihara nyawa adalah lebih utama dari memelihara nasab mengikut peringkatnya.
  • Dapat melaksanakan pelan jangka panjang bagi mereka yang berkahwin awal. Ini disebabkan belum sampai waktu persaraan tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah membesar.

Oleh yang demikian, ibu bapa dan masyarakat Islam harus mengambil peranan ini dalam menjaga dan memberikan nasihat rumah tangga kepada pasangan yang masih muda ini. Manusia tidak akan terlepas dari segala kesilapan dan kepincangan sekiranya kehidupan mereka tidak diatur dan disusun dengan baik. Tujuan perkahwinan adalah untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindah kehidupan.