nuffnang ads

Wednesday 24 July 2013

Ramadhan pertama bersama en suami




Sebelum ni sahur mama yang sediakan , aku just tolong hidangkan je tapi sekarang aku pulak kena bangon awal pagi untuk masak-masak . Ikutkan aku , tak yah sahur je tapi dah kawen ni kenalah paksa jugak .Bila berbuka masa bujang dulu , aku tak ada pun kecoh dan tertekan nak fikir " NAK MASAK APA HARI NI ?". Bila fikir macam tu je buat saya pening dan nak muntah . Baru saya faham kenapa mama selalu masak dan akan bertanya nak makan apa . Bila dah kawen memang rasa sangat kekok sebab banyak benda kena fikir semata-mata nak buat yang terbaik untuk suami tercinta . hehehe. jiwang la pulak . Walaupun puasa, en suami saya ni sangat baik hati orangnya. Kadang-kadang dia akan tolong masak dan tolong-tolong buat kerja rumah . Alhamdulillah , syuukur sangat dapat en suami yang boleh tolong dan ringan tulang .  
en Suami mestilah rajin-rajin menolong isteri 
             

 Hari ni Ramadhan pertama aku terawih dengan en suami . Alhamdulillah, Niat aku kesampaian juga akhirnya kerana sebelum ni aku diberi cuti.First terawih, aku dah kena Sindrom Terawih. Sindrom yang kritikal . Betol cakap kakak farah lee tu .hehehehe. 

لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ.
"Hendaklah Kalian meluruskan shaf-shaf kalian atau Allah akan menyelisihkan di antara wajah-wajah kalian." (HR. Bukhari).
Perintah dalam dua hadist di atas mempunyai arti wajib, karena dibelakangnya terdapat ancaman bagi yang tidak melaksanakan perintah tersebut.

Bila difikirkan balik , aku ni dah makin dewasa. Macam tak percaya je yang semua ni berlaku . Rasanya macam baru semalam je aku zaman remaja aku tapi hakikatnya semuanya dah berlalu dan sedang menghampiri zaman ibu-ibu pulak . Melangkah kealam ini , lebih mendewasakan aku dan lebih banyak yang perlu difikir rupanya . Semoga perkahwinan ini kekal dan bahagia hingga ke jannah . Doakan ,ya :)


REsepi Puding Triffle

Tak tau nak buat desert apa untuk juadah berbuka dan raya nanti . Boleh cuba buat puding triffle ni, nampak glemor gitu kalau raya buat puding triffle ni macam open house kat hotel 5 star gitu . Ramadhan kali ni pun boleh buat desert untuk berbuka . Bolehlah sedekah bagi jiran tetangga ,dapat jugak pahala free dan mengeratkan silaturahim .



BAHAN-BAHAN

1) Kek Swiss Roll 
2) Fruit Cocktail 
3) Nata de Coco 
4) Serbuk Agar-agar 
                                          
Utk Custard Sos: 
1) serbuk kastard (35gm )
2) susu penuh krim (375ml)
3) gula castor (50gm )
4) esen vanila (1tsp)
5) susu penuh krim (50ml)
                                      

CARA-CARA

1. Sebatikan serbuk kastad dengan susu dahulu agar tidak berketul. Campurkan dengan gula castor serta esen vanilla.
2.Kemudian Masak dengan api yang sederhana, sehingga custard masak dan pekat. Masukkan 50ml susu penuh krim untuk mencairkan sedikit sos kastad. Tutup api dan biarkan custard sejuk sedikit.


Untuk menyediakan lapisan bawah triffle,  



3.Potong kek swiss roll dgn ketebalan yang diinginkan, dan susun di dalam bekas.



4.Masukkan campuran buah-buahan serta nata de coco supaya sekata, dan tuangkan sedikit air gula dari campuran buah-buahan dan nata de coco tadi untuk melembabkan sedikit kek.
5.Tuangkan custard sos tadi dan ratakan sehingga menutupi seluruh lapisan kek dan campuran buah-buahan bersama nata de coco.
6.Masak agar-agar mengikut masa yang telah diberikan sehingga mendidih. 
7.Kemudian tuangkan perlahan-lahan diatas lapisan custard agar custard tidak pecah dan merekah
8.Apabila agar-agar mulai sejuk dan keras ,masukkan kedalam peti sejuk selama 2 jam.  Setelah itu, bolehlah dihidang ketika sejuk. 

P/s : Anda boleh tukar mana-mana step menyediakan lapisan triffle mengikut kreativiti anda sama ada nak lapisan custard dulu kemudian lapisan agar-agar . kalau nak lagi sedap boleh tambah whip cream .

bila tambah whip cream ia lebih sedap
Boleh di buat dengan buah-buah yang segar
                  
Sesuai untuk menjamu selera berbuka mahupun raya 

Friday 19 July 2013

TAk semua wanita merelakan POLIGAMI

Poligami adalah syariat Islam yang merupakan sunnah Rasulallah SAW. Dalilnya surah An-Nisa: 3, ertinya:
“… maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang sahaja,…”


Mengikut dalil dari surah An-Nisa ,Jika kamu dapat berlaku adil kawinlah tapi hakikatnya sekarang kebanyakan poligami tidak adil .Zaman rasulullah sememangnya Poligami boleh diiktirafkan tapi sekarang bukan lagi . Bukan mudah untuk berpoligami , Berpoligami bukan sahaja melepaskan kepuasan diri tapi perlu menjaga hati isteri pertama dan isteri-isteri lain. Hati wanita ini seperti kaca , sesungguhnya ia nampak kuat tapi jika ia pecah pasti hancur berkecai . Begitulah hati seorang wanita .Dari luaran,memang jelas kita melihat mereka tersenyum tapi disudut hati mereka siapa yang tahu ??  Dalam hal ini juga lelaki perlu faham kata hati anak-anak .Bukan mudah anak-anak yang telah dewasa suka ayah-ayah mereka berpoligami. Dengan berpoligami banyak memberi kesan kepada anak-anak ,Jika mahu berpoligami perlu perkukuhkan ekonomi. Kalau setakat hidup kais pagi makan pagi, lupakanlah niat tu .Sekarang nie bajet untuk hidup pun dah meningkat .Mungkin sesetengah orang bersetuju berpoligami . Setiap perkara yang jadi mungkin ada hikmahnya , terpulang pada pandangan masing-masing .Jika berpoligami berlaku adil adalah yang terbaik dan restu dari isteri perlu diambil kira .

Sesungguhnya pernikahan menyingkap 1001 tabir rahsia. 
Mungkin isteri kita tidaklah semulia Khadijah, setaqwa Aisyah ataupun setabah Fatimah.

Tetapi isteri kita hanyalah wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita dan berusaha untuk menjadi isteri yang solehah.

Selamat Menjalani Ibadat Berpuasa dengan jiwa yang tenang 


BY ADAM CORRIE 


 jika belom sedia untuk pikul tanggujawab yang besar 

Thursday 11 July 2013

Kasut Raya Pilihan Saya

Window shooping kat www.zalora.com .Usha sana usha sini .Ohh , sangat lawa terok baju-baju kat sini tapi harganya juga sangat mahal untuk suri rumah yang muda macam saya . Kesemua baju yang vouge mencecah ratusan hingget . Oh, Alangkah bagos aku takda nafsu serakah nie .Niat hati nak window baju raya kat zalora ni tapi terpaksa batalkan sebab terlalu membebankan encik Hubby yang terpaksa menanggung kesemua perbelanjaan hidup saya dan keluarga .Terpaksa beralah demi kebahagian bersama. dan tiba-tiba. Ohh my Gucci ! Sangat lawa kasut semasa aku skip nak window shopping baju aku teruskan dengan kasut . Gila kau , kasut tu sangat menari dan saya sangat menyukainya .Dan aku cuba beranikan diri tanya hubby
"aku  sayang boleh tak nak kasut nie  Nak tengok kasut tu ??" hehehe. Dia tengok kasut tu dan terus cakap. Wah , lawa sangat . dah boleh maching ngan baju raya . macam-macam dia mengomel dan tanyakan harga . So, aku cuma nak tahu yang dia akan beli atau tidak . So, kita tunggu je la raya nie ada tak kasut tu kat kaki aku . ehehehe.


SIDEWALKPeep Toe Platform Wedges
Multicolor Peep Toe Platform Wedges by Sidewalk feature peep toe styling. This pair of wedges is ideal for dinner wear.

- Faux suede upper
- 2" concealed platform and 6" heels
- Synthetic insole and outsole
PRODUCT DETAIL

SKUSI793SH54QDTMY
Upper MaterialFaux Leather, Non-pig skin lining
Sole MaterialSynthetic
ColourMulticolor
Exact heel height in cm16.0
Exact platform height in cm5.0


                     

Menjadi Pragawati Dan Pereka Fesyen bersama Sunsilk

Kebanyakkan kawan-kawan saya mempunyai bakat melawa dan ada yang berangan nak jadi model . So, apa lagi,inilah peluang emasnya nak tunjukkan bakat korang . Jom sama-sama kita sertainya . Tuah ayam nampak dikaki tuah kita sapa yang tahu.

Sahut panggilanmu dan atur langkahmu untuk mencapai impian untuk menjadi peragawati and pereka fesyen hijab!                               

Hantarkan penyertaan anda sekarang di link ini!    
https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia?sk=app_401392193309943&app_data=sertai


Wednesday 10 July 2013

Funny husband.. Cant stop laughing!!

Dia nampak macam tak matang dan garang . Tapi hakikatnya, dia seorang yang sangat kelakar dan kebudak-budakan . Dia sangat manja dan sangat memahami . Walaupun kadang-kadang dia agak menakutkan dengan sikapnya yang pendam kemarahnya. Alhamdulillah , sekarang sedang bahagia .mudah-mudahan kebahagiaan nie kekal hingga ke jannah .Semoga perjalanan kami untuk bergelar "husband & wife" di permudahkan. amin . Amin    
                        

Buat tongong dan pelik itulah en husband .Memang xkering gusi la kalau buat lawak dia . Kadang-kadang tu angin jugak ngan sikap tongong dia tu tapi bila di fikirkan balik . Itu lah penawar aku . Sekarang hodoh dia , sengal dia kena jugak terima . Suami aku nie dia bukan jenis suka pujuk orang rupanya . Bila dah lama hidop together nie , makin banyaklah aku tau pasal tabiat buruk dan baik dia .

En suami aku memang sangat rajin orangnya. Alhamdulillah sangat sebab dia ringan tulang . Thanks to mak mertua aku yang dah ajar dia ringan tulang dari kecik . So, aku nie suka la buli dia . hehehehehe . Time paling best membuli en husband aku ialah time dia main game . hahahha . Dia sanggup bangon 3, 4 kali bila aku suruh buat itu ini .. hahaha . tapi kalau dia perasaan kena main-main , memang dia hangin la .. hahaha

Dan yang paling penting dialah kawan aku .Sebelom tido mesti je gosip-gosip , sembang itu ini sampai lelap . Tabiat tido lambat kitorg tu memang terok . dah macam dok umah bujang rasanya . heheheehe. kalau hari sabtu memang xkan tido sampai dia g opis semata-mata nak tgk running man .

So, saya akan lebih banyak perhatikan perangai suami saya yang sangat kelakar tu .




Monday 8 July 2013

Resepi Pavlova

aku suka buat keje mudah dan aku cari benda paling senang .Resepi ni aku amik dari resepi orang jugak . hehehehe. Aku kan xterror lagi . Aku buat 2,3 kali jugaklah benda ni. Alhamdulillah menjadi.


bahan-bahan


Kita perlukan 4 biji putih telor ayam ( telor ini BUKAN yang di simpan dalam peti ais ) 


Secawan gula.. tapi aku guna 3/4 cawan je utk kurangkan manis..
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila

Cara2 membuatnya :

Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dengqn kadar kepanasan 140 darjah celsius dengan mengguna api bawah .
bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius. aku guna suhu 110 darjah celsius..
~ Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor. kita ambik putih telor saja.
Kuning telor tu korang jgn buang pulak . Boleh buat omlet ke, tulor dadar ke xpun letak dlm megi kari . Compom walawei ...



~ Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks). Terus putar dengan kelajuan paling maximum ,xpayah ayu sangat nak letak paling redah dulu.



~ Ni hasil putih telor yg dah jd gebu, nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh.
~ Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar..
~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lagi 3 minit gitu..
tepung jagung di masukkan bersama-sama dgn cuka dan esen vanila.

Bila dah sebati, stopkan mixer. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak.Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue" ..


~ Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td..

Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..




~ Seterusnya, sediakan dulang pembakar dan lapikkan dgn baking paper kemudian tuang adunan td ke atas baking paper.
Adunan dibuat mengikut citarasa korang.
Make sure,masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah mcm nak buat benteng la kiranya.. err paham tak ni..?


~kemudian,masukkan la dalam oven. letak kat rak tengah-tengah tau. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit


Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum.. 
Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..
Semasa proses pembakaran, jgn nak ngengada bukak tutup oven lak.. lempang kang tgn tu.. pi la kemas dapur ke hape ke kan masa nak menunggu pavlova tu masak..
Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..
Biar le jap beliau bersauna dlm oven tu dlm 10 minit.. pastu barulah kuarkan.. biarlah beliau seketika.. meh kita buat topping dia dulu ye...


Bahan2 Topping :
~ Secawan @ 250 ml whipping cream..

Aku guna whipping cream brand ni. jgn beli sembarangan whipping cream tau. tak semua whipping cream sesuai,make sure beli jenis yg Non Dairy (bukan tenusu)
Ada org dok tertanya apasal la whipping cream dia takmau kental walaupun dah lama dok putar. tu sbb dia salah beli jenis whipping cream.

Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping. aku beli kat kedai HERO market jenama rich's..


~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar..


~ Sementara tu jugak, sila potong buahan yang nak di gunakan. aku guna stoberi, anggur hitam dan kiwi je.
Potong mengikut suka hati korang nak lonjong ke, segi empat ke, up to you..!!

Cara-cara Menghias :

~ Pindahkan pavlova tadi dengan berhati-hati ke dalam bekas. pavlova ni sangat lembut tau dalamnya.. macam mashmallow, sebab tu kena berhati-hati masa nak asingkan dari baking paper..



Tutup lg dgn krim.. Ohhh, terbanyak lak letak krim.. kalau boleh takyah la byk sgt, kang hilang lak rasa pavlova tu.. taruk sedang-sedang aje..

Korang boleh google imej pavlova utk lihat cara org hias pavlova.. aku je yg terlebih bubuh krim.. yelahkan, whipping cream ni mahal kott.. ahahah.. korang bubuh sedang-sedang je tau..

                


Last sekali, Susun buah-buah tersebut mengikut kreativiti korang then simpan dalam peti ice . bila sejuk memang best melantak benda ni

Saturday 6 July 2013

Insomnia kami suami isteri

INSOMNIA meningikut wikipedia bermakna kesulitan berulang untuk tidur atau mempertahankan waktu tidur walaupun ada kesempatan untuk itu. Gejala tersebut biasanya diikuti gangguan fungsional ketika bangun.
Insomnia sering disebabkan oleh adanya suatu penyakit atau akibat adanya permasalahan psikologis. Dalam hal ini, bantuan medik atau psikologis akan diperlukan. Salah satu terapi psikologis yang efektif menangani insomnia adalah terapi kognitif. Dalam terapi tersebut, seorang pesakit diajari untuk memperbaiki kebiasaan tidur dan menghilangkan asumsi yang kontra-produktif mengenai tidur.
Banyak penderita insomnia tergantung pada ubat tidur dan ubat penenang lainnya untuk bisa beristirahat. Semua ubat memiliki potensi untuk menyebabkan ketergantungan psikologi berupa anggapan bahwa mereka tidak dapat tidur tanpa ubat tersebut.
ohhh , tidak ?? adakah kami suami isterim mempunyai penyakit nie ?? ini disebabkan kami masih muda . Hidup dengan internet je . mana tak insomnianya .. En Suami dengan game RAGNAROKnya dan aku dengan BLOG / FESBUK dan itu ini macam . Kitowg memang dah terbiasa tido lambat. Disebabkan sukar untuk lelapkan mata kami telah mengalami kekurang berat badan . Kami jugak mempunyai hobi iaitu makan pada waktu malam . Bila malam je , perot macam-macam nak makan. Aduhaii , risau je ada penyakit lain . 

Fakta mengatakan bahawa menutup lampu dan pejamkan mata boleh menyebabkan mata akan terlelap dengan sendiri tapi itu tidak mendatangkan hasil kepada kami kerana mulut kami akan mula bercerita sepanjang malam dan kadang-kadang hingga terlelap .

Penyakit ni amat menyeksakan . Saya perlu menjadi normal balik !!

Thursday 4 July 2013

Cekodok Ubi



Bahan-bahannya
Ubi keledek (kalau dapat keledek oren lagi bagus)
Tepung Gandum- ayak
Gula
Sedikit Garam

Cara-cara membuatnya
  1. Kopek kulit ubi, potong kecik-kecik, rebus dengan garam sikit sampai empuk. (Air untuk rebus ubi tu jangan banyak sangat. Kalau boleh cukuplah sekadar nak bagi ubi empuk dan air rebusan tinggal di dasar periuk saja)
  2. Keluarkan ubi yang telah empuk. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  3. Tuangkan gula secukupnya.
  4. Lecek ubi bersama-sama gula sehingga hancur.
  5. Masukkan ubi sedikit demi sedikit dan uli bersama-sama ubi sampai sebati (agak-agak la bagi sedang elok, kalau kurang tepung adunan lembik susah nak digentel. Kalau terlebih, adunan keras bila dah digoreng boleh dibaling kedinding pulak nanti)
  6. Bulat-bulatkan adunan dan gentel sebesar duit 50 sen.
  7. Sipa digentel, bolehlah digoreng didalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan. an.
  8. Angkat dan toskan.
  9. Lepas tu makan lah...tengah panas-panas tu yang sedap.(Tapi jangan pulak masuk mulut yang baru angkat daripada kuali, jang melepuh pula. Biarlah sejuk 5 - 10 minit)
                                                                           

Wednesday 3 July 2013

Sewa baju dan veil nikah / Tunang

Seperti yang dimaklumkan yang baju dan veil ni saya pakai masak nikah FEB hari tu . 
So, bila disimpan rasa macam nak sewa je kat kawan-kawan yang memerlukan .Saya juga menerima tempahan untu buat veil mengikut citarasa anda . Biasanya bajet nak tunang dan kawen ni banyak . so, untuk tolong kawan-kawan saya cuba buat promosi macam nie. Harga boleh dirunding ya ..


Baju kurung moden dan kainnya agak meleret sikit .Baju ni saya tempah kat BUSANA CINTA kat Lot 2.94, tingkat 2, Pertama Kompleks, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur (http://busanacintaeillafaizshah.blogspot.com/ ). Untuk menambahkan seri bajunya dan disebabkan bajunya dah full lace,saya just tambah manik dan bunga-bunga kat bawah baju dan pergelangan tangan . Warna temanya pink light , memang sesuai untuk nikah dan tunang sebab takda lah over sangat . 


sama tak macam elly mazlein punya baju tunang ?? Ha, ini sebabnya tuan yang buat baju nie sama . So, kain saya dan elly sama sebab akak yang buat baju nie pakai kain lebihan elly mazlein sikit untuk matchkan colour kain yang saya beli . 
Manik-manik dilengan tu simple dan cantik .
manik-manik pada veil tu pun adik saya yang jahitkan . saya just pilih warna dan bunga lace pada veil je 


saya suka sangat baju ni dan veilnya . So, saya nak berkongsi pada kawan-kawan saya jika nak sewa dan nak tempah buatkan veil pun takpa . Harga masih boleh dirunding :)


Veil nie tak payah nak pakai crown bagai sebab dah cukup cantik kat kepala tu :)

orait if nak quotation, boleh wassapkan saya sama macam format dibawah :)
copy paste saja k :)

wassaap / msj : 011-16292951 ( dila )
facebook : Siti norfadilah


atau leave comment here email anda kalau kalau tak perasan reply email uols :)
CONFIRMATION DETAILS (EMAIL):

Subject: SEWA BAJU NIKAH/BERTUNANG (DD/MM/YY)
Name :
Email:
No Phone:
Wedding Date :
Question: berkenaan dengan sewaan, tempoh sewa, penghantaran dan lain lain berkaitan baju sewa diatas sahaja :)