nuffnang ads

Thursday 6 June 2013

Warna fesyen 2013

Tahun lalu menyaksikan warna tangerin atau oren terang sebagai warna pilihan 2012. Tahun ini pula, warna hijau zamrud telah dipilih oleh syarikat Pantone iaitu syarikat yang terkenal dengan Pantone Matching System (PMS) atau Sistem Pemadanan Pantone untuk memberi ruang kepada warna proprientari untuk digunakan dalam pelbagai industri termasuk industri percetakan, pembuatan cat berwarna, kain dan plastik. Rona hijau zamrud ini juga dikatakan membantu menggalakkan keseimbangan, harmoni dan inspirasi seseorang.
Warna yang cukup sinonim dengan batu permata ini digambarkan memiliki elemen kemewahan dan kecemerlangan. Keindahan warna inspirasi tahun 2013 tersebut turut menjadi lambang kemakmuran, pembaharuan daripada aspek kecantikan serta mewakili penyembuhan dan perpaduan.
Kelebihan yang dimiliki warna ini pastinya memberi suntikan semangat kepada pereka fesyen dalam dan luar negara. Lebih indah, warna hijau zamrud mampu membuatkan si pemakai kelihatan lebih anggun, elegan dan klasik. Sama ada di pentas fesyen mahupun di acara karpet merah, penggayaan busana hijau zamrud juga semakin meningkat. Tidak ketinggalan, warna ini juga turut menjadi pilihan raja sehari bagi tahun 2013.
Disebabkan nak up to date, aku punya baju masa walimah pun bergaya macam hindustan gitu . hahahaha. Alhamdulillah , puas hati jugaklah ngan baju tu walaupun last minutes pergi cari .
 

No comments:

Post a Comment