nuffnang ads

Saturday, 1 June 2013

Sahabat Untuk Selamanya

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

First time kenal dorang nie pun aku dah lupa, yang pasti aku kenal dorang nie time orentasi form 1 .Di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling .haaa, kat situ aku kenal .Lepas tu , kitorang jadi sangat rapat . Sampaikan tiap kali cuti sekolah mesti akan tidur kat rumah sorang demi sorang . Malam-malam kitorang akan sembang sampailah lelap mata . Kalau dah dinamakan remaja mestilah bergosip,tak pun cerita pasal masalah paling menarik utk diceritakan pasal secret admire a.k.a lelaki pujaan . hahaahahahahaha. Itu topik yang tak akan terlepas pandang. Memang dah jadi tabiat atau lumrah perempuan . Kalau ada masalah jiwa dorang nie lah terapi saya . Dorang memang sahabat yang setia dan memahami . Dorang nie juga adalah counselor yang paling pedih la telinga dan boleh bagi feedback terbaik kalau dengar nasihat dorang nie . So, aku memang bertuah sebab mempunyai kawan yang sanggup faham dengan kenakalan aku dan kepoyoan aku nie .Tambahan pulak , dorang nie akan selalu ingatkan aku kalau aku terlalai dengan dunia nie. hehehehe. Memang banyak koleksi kawan-kawan aku yang baik tapi dorg nie antara yang terbaik dan lama aku kenal . bak kata orang puteh  " bff / best friend forever " . ye idok ? aku harap sangat persahabatan nie akan terjalin sampai bila-bila.









No comments:

Post a comment