nuffnang ads

Wednesday, 5 June 2013

kehidupan membuatkan wanita kuat

kehidupan hakikatnya membuat kita lebih berfikir dan sentiasa kuat untuk menghadapi pelbagai dugaan walaupun kita hampir tewas . Itulah hakikatnya .Keperitan hidup membuat kita kuat menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba .Mencari dan terus mencari jalan penyelesaian . Sebanyak mana kita meminta pada yang Esa , sekuat mana kita menangis untuk mengakhiri segala sakit keperitan itu . Hanya doa menjadi kekuatan untuk terus berharap .Berharap mendapat yang terbaik itulah pengharapan .

                                         
 

Menangis setiap malam ! menangis apabila sering dipersalahkan ! Itukah sebabnya wanita dilahirkan ?
Tidak sama sekali, wanita dilahirkan untuk menyokong dan menjadi tunggak kepadamu wahai kaum adam !
bukan untuk dipersia tapi untuk ditatang ,dibelai dan diberi dorangan dan kau didiklah mereka ini menjadi soleha untuk hidupmu !!

Semakin dewasanya seorang wanita semakin dia ingin terbang mencari kehidupan yang terbaik. Bukan kehidupan yang ditindas tapi kehidupan yang sentiasa diambil perhatian dan disayangi ,itulah sifat yang sukar dihakis dari hati yang luhur . Bukan hanya untuk meminta ehsan atau mengada-ngada tapi ia seperti air yang manusia perlukan !!

            AYUHHH .. KUATKAN SEMANGATMU WAHAI WANITA !!
             teruskan pejuanganmu walau kamu hanya seorang anak , isteri mahaupun sahabat !!

No comments:

Post a Comment