, i'm 23 years old and already be a wifey ? Tahun lepas saya masih 22 tahun masa kenal dia tapi sekarang seusia 23 saya sudah menjadi isterinya . Dua kali sambut birthday dengan orang yang sama dan tempat yang sama iaitu suami saya. Cadangnya nak gi pulau perhentian tapi akhirnya bersama kawan-kawannya ke Cameron Highland . That day , memang sentap sangat kot . Adooiii, tunggu pak cik tu wish birthaday punya lama . Dalam jam 12.45am baru dia wish . Waddafishhhh !!! sakit hati , kecik hati !! Wish je pun bukan suruh bagi hadiah ke hape .Perempuan sangat-sangat pentingkan bila hari istimewa tapi orang yang dah jadi sebahagian dalam hidup kita tak hiraukan atau lupa . OMG , semoga tahun akan datang tak jadi lagi .Disebabkan dia lambat wish , dan seperti tahun sebelum ni dia belikan aku bunga yang aku suka " lavender".
Nasib baik belikan aku lavender,sejuk sikit hati . Kebanyakkan perempuan lebih sukakan ros , mawar tapi aku suka sangat dengan lavender sebabnya dia sangat tahan lama untuk kelihatan menawan.Keistimewaannya , membuatkan aku setia untuk sentiasa mendapatkanya. Alhamdulillah . Cameron memang tempat paling best untuk holiday dengan keluarga , member atau nak honeymoon . Bajetnya murah dan banyak tempat yang menari kat sana . Untuk keluarga yang ramai bolehlah holiday kat sana . Bunga-bunga kat sana sangat segar dan sangat cantik. Tak perlulah ke luar negara kalau tak mampu . Kat malaysia ni masih ada tempat macam oversea. Hehehe. Sayur-sayur kat sangat-sangatlah segar . Memang best borong kat sana. Jagung mutiara , cendawan , keledek madu ,sayur-sayur segar macam kobis,daun salad,tomato,kacang macam-macamlah yang ada boleh diborong. Selain itu, boleh borong buah stoberi .Kalau pergi sana memang tak akan lupa nak beli stoberi dan tea . Puas hati holiday kat sana . Shopping dapat , makan angin dapat , hilang stress dan makanan kat sana pun sedap-sedap .
![]() |
| Lavender bunga yang cantik dan tahan lama untuk hidup |
![]() |









.jpg)


.jpg)

.jpg)









