nuffnang ads

Tuesday, 25 February 2014

Sabah, Kota Kinabalu Trip

Assalammualaikum readers ,

Rasanya dah lama aku tak pokpek kat blog nie - nie semua gara-gara malas,alahan mengandung pastu laptop pulak rosak . So, sekarang terpaksa kongsi ngan Pc encik hubby aku nie .. Dia pulak asyik mengadap gamenya aja . Dan, disebabkan aku tak boleh sangat nak tido, bolehlah update blog aku yang sekian lama menyepi . Dibiarkan berabuk lama-lama pun tak elok jugak ... ( acehhh, bajet ramai pulak followernya )

Saja nak cerita pengalaman pertama aku naik kapal besi terbang . Punya excitednya aku nak naik kapal terbang, biasalah orang kampung . hehehe .Btw, thanks sangat la encik hubby sebab sudi bawak dinda nie jalan-jalan naik kapal terbang. Nak dipendekkan ceritalah, padahal malas sudah nak menaip . heehehe.. Sabah memang best bab makananya , seafood dorang memang best . Tempat dorang pun banyak yang menarik cuba jauh sangat je , nak jalan jalan semua tempat kena bawak duit juta lemon la . Aku gi sabah hari tu pun dalam seminggu jugaklah .Lamakan ? Sampai dah boleh hafal jalan Bandar KK tu . Gila gempakkan . Disebabkan aku pregnant jugak, hubby aku terpaksa sewa moto utk jalan jalan tempat yang agak jauh tu, tambahan pulak jimat . Untuk mengingatkan kesedihan semasa trip tu, aku punya Sunglasses  Raybans hilang . Sakit hati kau , kena pulah marah ngan hubby . adoii, gila spooilll tapi dah ganti baru ... hehehe

First Day  02Jan2014  ( Day 1 )

Hello KK, Starting 2014 with great moment :)



Sunglasses last aku pakai time nie.. :(





Dinner 1st day tu, memang makan fresh-fresh, puas hati . makan sampai kembong . Boleh, pilih-pilih dipilih mana mau , then chef masak ikot kita punya selera. Harga pun murah, kalau kat KL mahupun Ganu memang tak dapat macam nie . hahaha





Ceritanya bila dah ketemu makanan tiada makna nak posing .. Gue mau nikmati :

  1. Masak 3 Rasa
  2. Sweet Sour
  3. Butter Prawn Leleh
  4. Ketam Masak Cili
  5. Sotong Goreng Nestum
  6. Ketam Masak Telur Masin








SERI 3 RASA SEAFOOD 
u'olls kena makan kat sini , chef dia memang terbaik . Kat sini memang paling sedap la dia masak , fresh pulak tu .. sangat puas hati . Makan sampai kembong pun tak hape, janji bayar .. hehehe


03Jan2014 ( Day 2 )

Trip for 3 islands tour & snorkeling with BBQ lunch and ending our trip with annoying face (tired)


                                














04Jan2014 ( Day 3 )

Dinner dengan seafood bakar bakar kat Pasar Vietnam . Seriously, memang tak best, seafood dia tak fresh. nie kira last and first aku makan kat sini .




Siangnya kitowg jalan jalan tengok monyet hidung pelik kat wildland lok kawi sabah dengan menaiki moto sewa. Agak penat jugak la nak kesana , sampai aku nak pengsan . Pasalnya aku nie pregnant, alahan awal mengandung. hehehee. Malamnya dinner dgn BK je .. hehehee .Then, jalan jhalan tepi tebing laut dengan en hubby. 







04Jan2014 ( Day 4 )

Jalan jalan bandar KK ibarat bercintan cintun dulu .. hehehee.. Padahalnya , dah tak tau nak gi kemana . Panjat bukit dalam hujan semata mata nak naik menara tinjau KK . gila gempak kami :)




06Jan2014 ( Day 5 )

Gintutun do mohoing monsopiad ( mengenali moyang monsopiad ) speaking kadazan baa !!  time nie refresh balik masa zaman balajar sejarah . Memang kat sekolah aku tak amik tau sangat pun pasal benda alah nie sebab tak masuk exam sangat pun bab nie . hehehe . Now,barulah aku tau jugak serba sedikit tentang monsopiad nie . kalau masok exam compom esai aku boleh wat sampai 2 muka surat. hahaha.









 


 

Monday, 20 January 2014

Amalan ketika mengandung




Ibn Umar meriwayatkan bahwa Nabi saw bersabda “ Wanita yang hamil dan melahirkan lalu menyusui akan mendaapatkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Jika ia meninggal dunia di sela-sela masa itu, maka wanita tersebut akan mendapatkan pahala syahid.”

| Amalan Umum di Masa Kehamilan |
1. Sebaiknya wanita hamil selalu berada dalam keadaan wudhu (khususnya saat mengkonsumsi makanan)
2. Hendaknya tidak melihat cermin pada malam hari,
3. Berusaha untuk tidak melakukan dosa apa pun
4. Sebisa mungkin melaksanankan shalat sunah,
5. Dengan mendengarkan kaset bacaan Al-Qur’an dan rajin membaca Al-Qur’an setiap hari ia dapat membantu anaknya menghafal Al-Qur’an,
6. Hendaknya ia membaca tasbih Zahra tiap usai shalat dan sebelum tidur,
7. Membaca surat Yasin 40 kali dan meniupkannya pada buah delima lalu memakannya,
8. Membaca surah Yusuf 40 kali dan meniupkannya pada buah apel lalu memakannya,
9. Melaksnakan shalat malam, minimal 40 malam,
10. Melakukan mandi hari jumat selama 40 hari jumat berturut-turut (menghilangkan siksa kubur),
11. Membaca surah al-Ikhlash 50 kali setiap hari setelah shalat subuh,
12. Membaca surah al- Qadr 50 kali setiap hari setelah shalat subuh,
13. Membaca shalawat 140 kali setiap hari,
14. Membaca istighfar 70 kali setelah shalat
15. Saat janin bergerak di dalam perut hendaknya ia meletakkan tangannya di perut dan membaca surah al-Ikhlash,
16. Dan masih banyak lagi amalan-amalan lainnya.
(Diambil dari buku DOA & ZIKIR KHUSUS WANITA)


|Amalan Bulan Pertama Masa Kehamilan |
Hendaknya membaca surah Yasin dan ash Shaffat setiap hari kamis dan jumat, setelah usai membaca lalu mengusap perutnya. Hendaknya selalu melaksanakan shalat fardhu tepat waktu. Dianjurkan untuk memakan sedikit buah apel yang manis atau buah delima ataupun kurma 2 biji dalam keadaan perut kosong. (Dari buku Doa & Zikir khusus wanita)
Tambahan : bacalah juga doa berikut tiap hari 2-3 kali sambil mengusap perut
“Bismillahi ar-Rahman ar-rahiem… Qul uhiyya illayya ‘annawustamaa’a nafarumminal jinni faqoolu inna sami’na qur’anan ajabaa. Yahdii Ilarrusydi fa aamannabihi walannusyrika birabbina ahad”

| Amalan Bulan Kedua Masa Kehamilan |
Hendaklah membaca surah al-Mulk pada hari kamis dan jumat, dan hendaknya membaca shalawat 140 kali pada hari kamis dan 100 kali pada hari jumat. Dianjurkan setiap pecan untuk memakan daging, susu dan apel manis dengan terlebih dulu dibacakan surah al-Ikhlash. (Dari buku Doa & Zikir khusus wanita)
Tambahan : bacalah juga doa ini
“ Yaa Ilaahal awwaliina wa yaa akhiral mutahayyiniina, Yaa ghiyatsal mstaghiitsin. Allahumma wardzuqni ‘aafiyatan nafsi wa salamatan fiddiini wa sa’aadatah”.

| Amalan Bulan Ketiga Masa Kehamilan |
Hendaknya membaca surah Ali Imran setiap hari kamis dan jumat ditambah shalawat 140 kali. Dianjurkan tiap pecan untuk mengonsumsi gandum, daging, susu dan tiap pagi hendaknya meminum sedikit madu dan memakan apel yang terlebih dahulu dibacakan ayat kursi. (Dari buku Doa & Zikir khusus wanita)

| Amalan Bulan Keempat Masa Kehamilan |
Hendaknya setiap hari kamis dan jumat membaca surah ad Dahr (surah al Insan). Dalam seluruh shalatnya ia dapat mebaca surah al Qadr disalah satu rakaatnya. Meletakkan tangan diatsa perutnya dan membaca surah al Qadr, al Kautsar dan juga shalawat lalu membaca ayat ini : “ Rabbana hablana min azwajina wadzurriyyatina qurrata a’yunin waj ‘alna lilmuttaqina imaaman (Q.S. al Furqan : 74)”.
Dimalam pertama bulan keempat hendaknya ia melaksanakan shalat malam, dan memilih nama yang baik sebelum empat bulan sepuluh hari masa kehamilannya. (Dari buku Doa & Zikir khusus wanita)
Tambahan : bacalah juga doa ini
“ Laa ilaaha illahul malikul jabbar, Laa ilaaha illahul malikul qahhar, Laa ilaaha illahul malikus sattar, Laa ilaaha illahul Jaliiluj jabbar. Laa ilaaha illahul malikul haqqul mubiin”.

| Amalan Bulan Kelima Masa Kehamilan |
Hendaknya membaca surah al Fath setiap hari kamis dan jumat. Dan dalam shalatnya membaca surah an Nashr. Setiap pagi hendaknya memakan kurma secukupnya dan mengonsumsi satu butir telur yang dibacakan surah al Fathihah. Meletakkan tangan diperutnya sambil mengumandangkan Azan dan iqamah. (Dari buku Doa & Zikir khusus wanita)
Tambahan : bacalah ayat ini
“ Laa ilaaha illallahu haqqus shadiqu asyhadu an laa ilaaha illa anta ilaahan waahidan “.

| Amalan Bulan Keenam Masa Kehamilan |
Hendaklah setiap hari kamis dan jumat membaca surah al Waqi’ah. Saat malam, ia dapat membaca surah at Tin dalam shalatnya. Hendaknya ia mneghindari makanan yang berkolesterol tinggi. (Dari buku Doa & Zikir khusus wanita)
Dan bacalah doa berikut : “ Ahaadan shamadaan fardaan witraan hayyan qayyuuman. Bismillahi wa billah. Bismillahil ‘azhim. Bismillahi dzil’izzati wal qudrah”.


| Amalan Bulan Ketujuh Masa Kehamilan |
Dari bulan ketujuh sampai seterusnya, usai melaksanakan shalat Subuh hendaklah ia :
Mengonsumsi kacang yang terlebih dahulu dibacakan surah al An’am (sebaiknya dilakukan selama 40 hari).
Hendaklah untuk selalu mengumandangkan azan dan iqamah serta mengerjakan shalat malam.
Membaca surah an Nahl dan tiap kamis & jumat membaca surah yasin dan al Mulk,
Membaca shalawat 140 kali,
Mulai dari bulan ketujuh dan seterusnya membaca surah yang diawali dengan tasbih, yaitu surah al Hadid, al Hasyr, ass Shaff, al Jumu’ah dan at Taghabun. (Dari buku Doa & Zikir khusus wanita)
Tambahan : bacalah ayat ini “ Laa ilaaha illa Allahul ‘aliyyul ‘azhim. Laa ilaaha illa Allahul malikul haqqul ‘adlul mubin ”

Friday, 22 November 2013

hidayah yang tercampak




dikeheningan ini,rasa sayu menikam sanubari 
airmata jatuh di sajadah 
merungkai tafsir diri 
qalbu, kau penuhi dengan iman 
namun hidayah yang datang 
menjatuhkan tubuh lesu. 
sungguh! iman yang ada belum cukup 
rupanya riak yang bertapa. 
selepas hidayah itu tertusuk ke hati, 
tubuh itu bangkit dengan lemah 
menadah tangan terketar-ketar! 
ia adalah tadahan memohon ampun 
dari Yang Maha Agung. 
hidayah,kau tak kenal yahudi,ansar dan nasrani. 
kau dicampak pada mereka yang dikehendaki. 
dalam gugup menahan tangis keinsafan ini 
sedarlah aku hidupku lebih bererti. 
kerana hidayah yang tercampak.

Thursday, 14 November 2013

dejavu



Hello sekalian. What's up?

Dan pernah tak masa korang bangun dari tidur yang seharian tu, korang mengalami dejavu? Well, korang tahu what the hell is dejavu? Dejavu ni macam korang re-experince semua apa yang korang pernah alami. Ianya umpama seolah-olah korang pernah berada dalam situasi yang exactly sama tapi korang tak boleh recall macam mana korang boleh pernah mengalami situasi tu.

At the first place, aku ingatkan Dejavu ni satu istilah dan kepercayaan Hindu atau budha. Iye lah. Macam "Karma" yang korang dok percayakan tu. Tapi bila aku baca lagi, baru aku perasan yang Dejavu ni sebenarnya dari perkataan Perancis yang bermaksud "Already Seen" atau dalam bahasa melayunya; Dah Pernah Lihat.


Actually lah kan, lebih dari 70% manusia kat muka bumi ni pernah mengalami dejavu. And lagi 30% tu, samaada tak ingat yang dia pernah mengalami dejavu or buat-buat lupa sebab tak nak mengaku akan kewujudan dejavu. 


Apa yang orang kata tentang Deja Vu
Roh?

Dipercayai, semasa kita tidur, kita punya roh akan keluar dan kadang-kadang, dia akan pergi ke tempat-tempat yang dia teringin sangat nak pergi. Dan kadang-kadang, roh kita akan keluar untuk berjumpa dengan roh orang yang dia teringin nak jumpa. For example. Korang dapat masuk ke UPM. Korang excited gila. Pastu sebelum tidur tu korang berangan la pasal UPM, pasal awek cun UPM, pasal jejaka handsome UPM, pasal kelas cantik UMP dan sebagainya. And then, bila korang sampai ke UPM korang rasa macam 'Ehhh. Macam pernah nampak la tempat ni. Ehh lagi! Macam kenal la awek tu. Serious!" Even korang tak pernah lagi pergi kat tempat tu, korang dah rasa macam korang dah pernah sampai ke tempat tu.

Ada certain pendapat percaya yang keinginan kita yang terlampau tinggi tentang sesuatu benda akan menyebabkan roh kita melaksanakan keninginan kita masa kita tengah tidur. The problem is, kita roh kita tak bawa otak sekali. So, sebab tu lah kita biasanya akan lupa pada apa yang roh kita dah terokai.

Begitu juga dengan mimpi dan Istikharah. Sebab itu lah orang kata jangan ikut istikarah yang based on mimpi semata-mata. For example, korang buat istikharah, pastu korang termimpikan boyfriend korang. Ianya maybe disebabkan oleh roh anda yang terbang dan masuk ke dalam mimpi anda bersama boyfriend anda sebab tak reti-reti nak bersabar bila cakap bab kahwin.


Dan juga tak mustahil yang setiap Dejavu yang berlaku adalah disebabkan oleh imbasan perjalanan hidup yang diceritakan Allah di alam roh semasa kita berada di dalam rahim dahulu. Kita semua tahu yang penceritaan dari Allah bukan melalui suara, bukan melalui lisan; ianya tentu sekali amat berbeza dari apa yang boleh difikirkan oleh manusia. Dan tak mustahil yang semasa kita dalam keadaan roh itu, kita di lihatkan dengan perjalanan hidup dan masa depan kita. Sadly, kita hanya ingat the some of them.


Mainan otak

Otak kita penuh dengan mainan. Dan selalu di permainkan. Tapi, otak kita berfungsi pada setiap masa kecuali bila kita mati. Dan jangan terkejut, otak kita sebenarnya amat aktif semasa kita tidur - lagi aktif dari semasa anda menonton drama Melayu tipikal. Dalam kes Deja vu, ada sebahagian percaya bahawa fenomena Deja vu hanyalah mainan otak. Contohnya bila kita pergi ke suatu tempat yang kita tak pernah pergi, entah macam mana kita seolah-olah rasa yang kita dah pernah sampai kat tempat tu. Sebenarnya, kemungkinan besar yang otak kita matchkan visual yang diterma oleh mata dengan tempat-tempat yang korang pernah pergi dah yang pernah nampak secara visual. Sebab itu lah korang rasa seolah-olah korang re-experience peristiwa yang exactly sama.

Ianya memaparkan konsep yang sama dengan terjumpa seseorang dari alam mimpi seperti "OMG, dia la yang aku nampak kat dalam mimpi aku". The truth is apa yang anda nampak masa kat dalam mimpi adalah muka orang yang blurr. Tapi bila anda balik ke reality dan pergi jalan-jalan; otak anda akan try sebaik mungkin untuk matchkan muka sesiapa yang ada di depan mata anda dengan muka orang di dalam mimpi.

"Saya rasa kita macam pernah jumpa sebelum ini. Adakah ini semua takdir dan dejavu?"

Ianya adalah Dejavu hanya kalau korang sedar yang korang seolah-olah alami situasi tersebut masa ia tengah berlaku. Tapi kalau misalnya korang tengah bertukang then tetiba korang seolah-olah tahu yang sesuatu akan berlaku, dan at the end ianya berlaku exactly seperti yang korang gambarkan, then itu bukan Dejavu. Itu benda lain.

Well, walau apa pun punca sebenar Dejavu ni, agak mustahil untuk manusia huraikan.

Saturday, 12 October 2013

mummy to be here !! daddy please be nice.


Hello October! Goodbye September. Thank you for the beautiful moon and with the will of God, we will meet again # OctoberWish is to have great expectations, no tears and find happiness. God bless and wonderful month ahead. Alhamdulillah, compom double red line . Mummy to be  
Siapa sangka aku akan preggy semuda ini . Segalanya sukar dibayangkan dan sentiasa buat aku memikir banyak perkara untuk dapat baby yang sihat , cerdik dan menjadi anak yang soleh/solehah . Harapan aku feeling-feeling nak baby twins . Seronok je teengok . Kandungan aku dah 1 bulan diusia 23 tahun dan diusia 24 tahun aku dah pegang baby . Wahhh, macam tak caya je, kawan-kawan aku masih melenggang-lenggang. 


wish for twins :)


Before ni, aku tengok mak aku slamber je pregnant tapi bila aku alaminya sendiri baru aku faham macam mana perasan tu . Aku hilang selera makan ,pastu aku nak makan benda yang betul-betul ikut selera . Kadang-kadang en suami tak nak memahami pun. Emosi pun susah nak kawal sekarang ni , aku jadi sangat mudah untuk mengeluarkan air mata , cepat terguris dan terhiris . Tapi aku cuba tahan dan kuatkan perasaan nie walaupun kadang-kadang terbabas jugak . kategori aku nie dikirakan boleh dimaafkan lah sebab tak mintak benda bukan-bukan ,boleh sabar lagi , takda muntah darah ke . Alhamdulillah , mintak-mintak dijauhkanlah semua tu . 

Kepada para suami , Silalah fahami jiwa isteri anda yang sedang mengandung dan cuba prihatin dan bersyukur untuk isteri dan bakal anak anda .