nuffnang ads

Saturday, 12 October 2013

mummy to be here !! daddy please be nice.


Hello October! Goodbye September. Thank you for the beautiful moon and with the will of God, we will meet again # OctoberWish is to have great expectations, no tears and find happiness. God bless and wonderful month ahead. Alhamdulillah, compom double red line . Mummy to be  
Siapa sangka aku akan preggy semuda ini . Segalanya sukar dibayangkan dan sentiasa buat aku memikir banyak perkara untuk dapat baby yang sihat , cerdik dan menjadi anak yang soleh/solehah . Harapan aku feeling-feeling nak baby twins . Seronok je teengok . Kandungan aku dah 1 bulan diusia 23 tahun dan diusia 24 tahun aku dah pegang baby . Wahhh, macam tak caya je, kawan-kawan aku masih melenggang-lenggang. 


wish for twins :)


Before ni, aku tengok mak aku slamber je pregnant tapi bila aku alaminya sendiri baru aku faham macam mana perasan tu . Aku hilang selera makan ,pastu aku nak makan benda yang betul-betul ikut selera . Kadang-kadang en suami tak nak memahami pun. Emosi pun susah nak kawal sekarang ni , aku jadi sangat mudah untuk mengeluarkan air mata , cepat terguris dan terhiris . Tapi aku cuba tahan dan kuatkan perasaan nie walaupun kadang-kadang terbabas jugak . kategori aku nie dikirakan boleh dimaafkan lah sebab tak mintak benda bukan-bukan ,boleh sabar lagi , takda muntah darah ke . Alhamdulillah , mintak-mintak dijauhkanlah semua tu . 

Kepada para suami , Silalah fahami jiwa isteri anda yang sedang mengandung dan cuba prihatin dan bersyukur untuk isteri dan bakal anak anda . 




No comments:

Post a comment