nuffnang ads

Friday, 22 November 2013

hidayah yang tercampak




dikeheningan ini,rasa sayu menikam sanubari 
airmata jatuh di sajadah 
merungkai tafsir diri 
qalbu, kau penuhi dengan iman 
namun hidayah yang datang 
menjatuhkan tubuh lesu. 
sungguh! iman yang ada belum cukup 
rupanya riak yang bertapa. 
selepas hidayah itu tertusuk ke hati, 
tubuh itu bangkit dengan lemah 
menadah tangan terketar-ketar! 
ia adalah tadahan memohon ampun 
dari Yang Maha Agung. 
hidayah,kau tak kenal yahudi,ansar dan nasrani. 
kau dicampak pada mereka yang dikehendaki. 
dalam gugup menahan tangis keinsafan ini 
sedarlah aku hidupku lebih bererti. 
kerana hidayah yang tercampak.

No comments:

Post a Comment