nuffnang ads

Thursday, 14 November 2013

dejavu



Hello sekalian. What's up?

Dan pernah tak masa korang bangun dari tidur yang seharian tu, korang mengalami dejavu? Well, korang tahu what the hell is dejavu? Dejavu ni macam korang re-experince semua apa yang korang pernah alami. Ianya umpama seolah-olah korang pernah berada dalam situasi yang exactly sama tapi korang tak boleh recall macam mana korang boleh pernah mengalami situasi tu.

At the first place, aku ingatkan Dejavu ni satu istilah dan kepercayaan Hindu atau budha. Iye lah. Macam "Karma" yang korang dok percayakan tu. Tapi bila aku baca lagi, baru aku perasan yang Dejavu ni sebenarnya dari perkataan Perancis yang bermaksud "Already Seen" atau dalam bahasa melayunya; Dah Pernah Lihat.


Actually lah kan, lebih dari 70% manusia kat muka bumi ni pernah mengalami dejavu. And lagi 30% tu, samaada tak ingat yang dia pernah mengalami dejavu or buat-buat lupa sebab tak nak mengaku akan kewujudan dejavu. 


Apa yang orang kata tentang Deja Vu
Roh?

Dipercayai, semasa kita tidur, kita punya roh akan keluar dan kadang-kadang, dia akan pergi ke tempat-tempat yang dia teringin sangat nak pergi. Dan kadang-kadang, roh kita akan keluar untuk berjumpa dengan roh orang yang dia teringin nak jumpa. For example. Korang dapat masuk ke UPM. Korang excited gila. Pastu sebelum tidur tu korang berangan la pasal UPM, pasal awek cun UPM, pasal jejaka handsome UPM, pasal kelas cantik UMP dan sebagainya. And then, bila korang sampai ke UPM korang rasa macam 'Ehhh. Macam pernah nampak la tempat ni. Ehh lagi! Macam kenal la awek tu. Serious!" Even korang tak pernah lagi pergi kat tempat tu, korang dah rasa macam korang dah pernah sampai ke tempat tu.

Ada certain pendapat percaya yang keinginan kita yang terlampau tinggi tentang sesuatu benda akan menyebabkan roh kita melaksanakan keninginan kita masa kita tengah tidur. The problem is, kita roh kita tak bawa otak sekali. So, sebab tu lah kita biasanya akan lupa pada apa yang roh kita dah terokai.

Begitu juga dengan mimpi dan Istikharah. Sebab itu lah orang kata jangan ikut istikarah yang based on mimpi semata-mata. For example, korang buat istikharah, pastu korang termimpikan boyfriend korang. Ianya maybe disebabkan oleh roh anda yang terbang dan masuk ke dalam mimpi anda bersama boyfriend anda sebab tak reti-reti nak bersabar bila cakap bab kahwin.


Dan juga tak mustahil yang setiap Dejavu yang berlaku adalah disebabkan oleh imbasan perjalanan hidup yang diceritakan Allah di alam roh semasa kita berada di dalam rahim dahulu. Kita semua tahu yang penceritaan dari Allah bukan melalui suara, bukan melalui lisan; ianya tentu sekali amat berbeza dari apa yang boleh difikirkan oleh manusia. Dan tak mustahil yang semasa kita dalam keadaan roh itu, kita di lihatkan dengan perjalanan hidup dan masa depan kita. Sadly, kita hanya ingat the some of them.


Mainan otak

Otak kita penuh dengan mainan. Dan selalu di permainkan. Tapi, otak kita berfungsi pada setiap masa kecuali bila kita mati. Dan jangan terkejut, otak kita sebenarnya amat aktif semasa kita tidur - lagi aktif dari semasa anda menonton drama Melayu tipikal. Dalam kes Deja vu, ada sebahagian percaya bahawa fenomena Deja vu hanyalah mainan otak. Contohnya bila kita pergi ke suatu tempat yang kita tak pernah pergi, entah macam mana kita seolah-olah rasa yang kita dah pernah sampai kat tempat tu. Sebenarnya, kemungkinan besar yang otak kita matchkan visual yang diterma oleh mata dengan tempat-tempat yang korang pernah pergi dah yang pernah nampak secara visual. Sebab itu lah korang rasa seolah-olah korang re-experience peristiwa yang exactly sama.

Ianya memaparkan konsep yang sama dengan terjumpa seseorang dari alam mimpi seperti "OMG, dia la yang aku nampak kat dalam mimpi aku". The truth is apa yang anda nampak masa kat dalam mimpi adalah muka orang yang blurr. Tapi bila anda balik ke reality dan pergi jalan-jalan; otak anda akan try sebaik mungkin untuk matchkan muka sesiapa yang ada di depan mata anda dengan muka orang di dalam mimpi.

"Saya rasa kita macam pernah jumpa sebelum ini. Adakah ini semua takdir dan dejavu?"

Ianya adalah Dejavu hanya kalau korang sedar yang korang seolah-olah alami situasi tersebut masa ia tengah berlaku. Tapi kalau misalnya korang tengah bertukang then tetiba korang seolah-olah tahu yang sesuatu akan berlaku, dan at the end ianya berlaku exactly seperti yang korang gambarkan, then itu bukan Dejavu. Itu benda lain.

Well, walau apa pun punca sebenar Dejavu ni, agak mustahil untuk manusia huraikan.

No comments:

Post a Comment