nuffnang ads

Monday, 8 July 2013

Resepi Pavlova

aku suka buat keje mudah dan aku cari benda paling senang .Resepi ni aku amik dari resepi orang jugak . hehehehe. Aku kan xterror lagi . Aku buat 2,3 kali jugaklah benda ni. Alhamdulillah menjadi.


bahan-bahan


Kita perlukan 4 biji putih telor ayam ( telor ini BUKAN yang di simpan dalam peti ais ) 


Secawan gula.. tapi aku guna 3/4 cawan je utk kurangkan manis..
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila

Cara2 membuatnya :

Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dengqn kadar kepanasan 140 darjah celsius dengan mengguna api bawah .
bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius. aku guna suhu 110 darjah celsius..
~ Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor. kita ambik putih telor saja.
Kuning telor tu korang jgn buang pulak . Boleh buat omlet ke, tulor dadar ke xpun letak dlm megi kari . Compom walawei ...



~ Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks). Terus putar dengan kelajuan paling maximum ,xpayah ayu sangat nak letak paling redah dulu.



~ Ni hasil putih telor yg dah jd gebu, nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh.
~ Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar..
~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lagi 3 minit gitu..
tepung jagung di masukkan bersama-sama dgn cuka dan esen vanila.

Bila dah sebati, stopkan mixer. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak.Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue" ..


~ Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td..

Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..




~ Seterusnya, sediakan dulang pembakar dan lapikkan dgn baking paper kemudian tuang adunan td ke atas baking paper.
Adunan dibuat mengikut citarasa korang.
Make sure,masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah mcm nak buat benteng la kiranya.. err paham tak ni..?


~kemudian,masukkan la dalam oven. letak kat rak tengah-tengah tau. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit


Proses pembakaran bergantung jugak pada jenis oven.. lain oven lain cara menggunakannya.. so pandai2 la nak agak pavlova tu dah masak ke belum.. 
Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. maksudnya bila kita tekan2 permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut2 sket..
Semasa proses pembakaran, jgn nak ngengada bukak tutup oven lak.. lempang kang tgn tu.. pi la kemas dapur ke hape ke kan masa nak menunggu pavlova tu masak..
Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..
Biar le jap beliau bersauna dlm oven tu dlm 10 minit.. pastu barulah kuarkan.. biarlah beliau seketika.. meh kita buat topping dia dulu ye...


Bahan2 Topping :
~ Secawan @ 250 ml whipping cream..

Aku guna whipping cream brand ni. jgn beli sembarangan whipping cream tau. tak semua whipping cream sesuai,make sure beli jenis yg Non Dairy (bukan tenusu)
Ada org dok tertanya apasal la whipping cream dia takmau kental walaupun dah lama dok putar. tu sbb dia salah beli jenis whipping cream.

Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping. aku beli kat kedai HERO market jenama rich's..


~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar..


~ Sementara tu jugak, sila potong buahan yang nak di gunakan. aku guna stoberi, anggur hitam dan kiwi je.
Potong mengikut suka hati korang nak lonjong ke, segi empat ke, up to you..!!

Cara-cara Menghias :

~ Pindahkan pavlova tadi dengan berhati-hati ke dalam bekas. pavlova ni sangat lembut tau dalamnya.. macam mashmallow, sebab tu kena berhati-hati masa nak asingkan dari baking paper..



Tutup lg dgn krim.. Ohhh, terbanyak lak letak krim.. kalau boleh takyah la byk sgt, kang hilang lak rasa pavlova tu.. taruk sedang-sedang aje..

Korang boleh google imej pavlova utk lihat cara org hias pavlova.. aku je yg terlebih bubuh krim.. yelahkan, whipping cream ni mahal kott.. ahahah.. korang bubuh sedang-sedang je tau..

                


Last sekali, Susun buah-buah tersebut mengikut kreativiti korang then simpan dalam peti ice . bila sejuk memang best melantak benda ni

Saturday, 6 July 2013

Insomnia kami suami isteri

INSOMNIA meningikut wikipedia bermakna kesulitan berulang untuk tidur atau mempertahankan waktu tidur walaupun ada kesempatan untuk itu. Gejala tersebut biasanya diikuti gangguan fungsional ketika bangun.
Insomnia sering disebabkan oleh adanya suatu penyakit atau akibat adanya permasalahan psikologis. Dalam hal ini, bantuan medik atau psikologis akan diperlukan. Salah satu terapi psikologis yang efektif menangani insomnia adalah terapi kognitif. Dalam terapi tersebut, seorang pesakit diajari untuk memperbaiki kebiasaan tidur dan menghilangkan asumsi yang kontra-produktif mengenai tidur.
Banyak penderita insomnia tergantung pada ubat tidur dan ubat penenang lainnya untuk bisa beristirahat. Semua ubat memiliki potensi untuk menyebabkan ketergantungan psikologi berupa anggapan bahwa mereka tidak dapat tidur tanpa ubat tersebut.
ohhh , tidak ?? adakah kami suami isterim mempunyai penyakit nie ?? ini disebabkan kami masih muda . Hidup dengan internet je . mana tak insomnianya .. En Suami dengan game RAGNAROKnya dan aku dengan BLOG / FESBUK dan itu ini macam . Kitowg memang dah terbiasa tido lambat. Disebabkan sukar untuk lelapkan mata kami telah mengalami kekurang berat badan . Kami jugak mempunyai hobi iaitu makan pada waktu malam . Bila malam je , perot macam-macam nak makan. Aduhaii , risau je ada penyakit lain . 

Fakta mengatakan bahawa menutup lampu dan pejamkan mata boleh menyebabkan mata akan terlelap dengan sendiri tapi itu tidak mendatangkan hasil kepada kami kerana mulut kami akan mula bercerita sepanjang malam dan kadang-kadang hingga terlelap .

Penyakit ni amat menyeksakan . Saya perlu menjadi normal balik !!

Thursday, 4 July 2013

Cekodok Ubi



Bahan-bahannya
Ubi keledek (kalau dapat keledek oren lagi bagus)
Tepung Gandum- ayak
Gula
Sedikit Garam

Cara-cara membuatnya
  1. Kopek kulit ubi, potong kecik-kecik, rebus dengan garam sikit sampai empuk. (Air untuk rebus ubi tu jangan banyak sangat. Kalau boleh cukuplah sekadar nak bagi ubi empuk dan air rebusan tinggal di dasar periuk saja)
  2. Keluarkan ubi yang telah empuk. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  3. Tuangkan gula secukupnya.
  4. Lecek ubi bersama-sama gula sehingga hancur.
  5. Masukkan ubi sedikit demi sedikit dan uli bersama-sama ubi sampai sebati (agak-agak la bagi sedang elok, kalau kurang tepung adunan lembik susah nak digentel. Kalau terlebih, adunan keras bila dah digoreng boleh dibaling kedinding pulak nanti)
  6. Bulat-bulatkan adunan dan gentel sebesar duit 50 sen.
  7. Sipa digentel, bolehlah digoreng didalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan. an.
  8. Angkat dan toskan.
  9. Lepas tu makan lah...tengah panas-panas tu yang sedap.(Tapi jangan pulak masuk mulut yang baru angkat daripada kuali, jang melepuh pula. Biarlah sejuk 5 - 10 minit)
                                                                           

Wednesday, 3 July 2013

Sewa baju dan veil nikah / Tunang

Seperti yang dimaklumkan yang baju dan veil ni saya pakai masak nikah FEB hari tu . 
So, bila disimpan rasa macam nak sewa je kat kawan-kawan yang memerlukan .Saya juga menerima tempahan untu buat veil mengikut citarasa anda . Biasanya bajet nak tunang dan kawen ni banyak . so, untuk tolong kawan-kawan saya cuba buat promosi macam nie. Harga boleh dirunding ya ..


Baju kurung moden dan kainnya agak meleret sikit .Baju ni saya tempah kat BUSANA CINTA kat Lot 2.94, tingkat 2, Pertama Kompleks, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur (http://busanacintaeillafaizshah.blogspot.com/ ). Untuk menambahkan seri bajunya dan disebabkan bajunya dah full lace,saya just tambah manik dan bunga-bunga kat bawah baju dan pergelangan tangan . Warna temanya pink light , memang sesuai untuk nikah dan tunang sebab takda lah over sangat . 


sama tak macam elly mazlein punya baju tunang ?? Ha, ini sebabnya tuan yang buat baju nie sama . So, kain saya dan elly sama sebab akak yang buat baju nie pakai kain lebihan elly mazlein sikit untuk matchkan colour kain yang saya beli . 
Manik-manik dilengan tu simple dan cantik .
manik-manik pada veil tu pun adik saya yang jahitkan . saya just pilih warna dan bunga lace pada veil je 


saya suka sangat baju ni dan veilnya . So, saya nak berkongsi pada kawan-kawan saya jika nak sewa dan nak tempah buatkan veil pun takpa . Harga masih boleh dirunding :)


Veil nie tak payah nak pakai crown bagai sebab dah cukup cantik kat kepala tu :)

orait if nak quotation, boleh wassapkan saya sama macam format dibawah :)
copy paste saja k :)

wassaap / msj : 011-16292951 ( dila )
facebook : Siti norfadilah


atau leave comment here email anda kalau kalau tak perasan reply email uols :)
CONFIRMATION DETAILS (EMAIL):

Subject: SEWA BAJU NIKAH/BERTUNANG (DD/MM/YY)
Name :
Email:
No Phone:
Wedding Date :
Question: berkenaan dengan sewaan, tempoh sewa, penghantaran dan lain lain berkaitan baju sewa diatas sahaja :)

Saturday, 29 June 2013

Pantang wanita bila orang yang BF, suami lupa hari penting

ohh  , i'm 23 years old and already be a wifey ? Tahun lepas saya masih 22 tahun masa kenal dia tapi sekarang seusia 23 saya sudah menjadi isterinya . Dua kali sambut birthday dengan orang yang sama dan tempat yang sama iaitu suami saya. Cadangnya nak gi pulau perhentian tapi akhirnya bersama kawan-kawannya ke Cameron Highland . That day , memang sentap sangat kot . Adooiii, tunggu pak cik tu wish birthaday punya lama . Dalam jam 12.45am baru dia wish . Waddafishhhh !!! sakit hati , kecik hati !! Wish je pun bukan suruh bagi hadiah ke hape .Perempuan sangat-sangat pentingkan bila hari istimewa tapi orang yang dah jadi sebahagian dalam hidup kita tak hiraukan atau lupa . OMG , semoga tahun akan datang tak jadi lagi .

Disebabkan dia lambat wish , dan seperti tahun sebelum ni dia belikan aku bunga yang aku suka " lavender".
Nasib baik belikan aku lavender,sejuk sikit hati . Kebanyakkan perempuan lebih sukakan ros , mawar tapi aku suka sangat dengan lavender sebabnya dia sangat tahan lama untuk kelihatan menawan.Keistimewaannya , membuatkan aku setia untuk sentiasa mendapatkanya. Alhamdulillah . Cameron memang tempat paling best untuk holiday dengan keluarga , member atau nak honeymoon . Bajetnya murah dan banyak tempat yang menari kat sana . Untuk keluarga yang ramai bolehlah holiday kat sana . Bunga-bunga kat sana sangat segar dan sangat cantik. Tak perlulah ke luar negara kalau tak mampu . Kat malaysia ni masih ada tempat macam oversea. Hehehe. Sayur-sayur kat sangat-sangatlah segar . Memang best borong kat sana. Jagung mutiara , cendawan , keledek madu ,sayur-sayur segar macam kobis,daun salad,tomato,kacang macam-macamlah yang ada boleh diborong. Selain itu, boleh borong buah stoberi .Kalau pergi sana memang tak akan lupa nak beli stoberi dan tea . Puas hati holiday kat sana . Shopping dapat , makan angin dapat , hilang stress dan makanan kat sana pun sedap-sedap .


Lavender bunga yang cantik dan tahan lama untuk hidup











    

Kegilaan wanita "ros ,mawar "



                              
seronok bila dapat borong walaupun bukan baju                                               Pokaiiiii , jawabnya 
kumbang bukan seekor , bunga bukan sekuntum 









  
Kami di Stoberi farm 






   Cheesecake stoberi dan waffle stoberi 




Holiday dengan member Hubby memeng kami tak tido sama-sama sebabnya dia akan tidur lambat dan mungkin tak tidur sebab lawan FIFA . Tiap kali holiday bersama dorang memang takkan tinggal PSP tu . Dan maknanya Party Sampai Pagi . So, secara tidak langsung aku kenalah tidur dengan gf and wife member hubby . Kami tak rapat sebelum nie tapi disebabkan tidur bersama menjadi kebiasaan aku mengajak orang bergosip.Malam tu kitorang bercerita tentang itu ini . Biasalah perempuan memang kalau jumpa perempuan ada saja yang nak dikongsikan .



Nie my new buddies , wife and gurlpren member en hubby