nuffnang ads

Thursday, 23 May 2013

Saya kawen muda !

02 Februari 2013 , usia 23 tahun itu saya telah di ijab qabul . Siapa sangka papa nak jugak kasi aku kawen awal. Dulu katanya kena ada aset sendiri . kena ada simpanan sendiri , kerjaya tetap , kereta baru boleh kawen . Macam mana pulak papa boleh terima keputusan aku nak kawen pulak .hehehehe. Ini mungkin sebab suami aku tu terbaik kot . Aku ingat lagi first time suami aku lamar , beberapa hari sebelum raya tahun lepas , lepas kitorg balik dari jalan-jalan dia ada cakap yang mak dia tak suka aku , apa lagi . aku terus keluar kereta dan balik rumah cepat . Boleh pulak time tu aku sakit perot nak tuuuttt .. hahaha. menangis aku dalam bilik air . Tiba-tiba aku dengar suara suami aku tu tanya mama papa  . " ma , along ada ? 
apa lagi , terus aku keluar . Then , dia tanya mama papa aku sambil melutut depan pintu rumah aku . katanya " ma, pa .. saya nak melamar along , boleh tak ??  Time tu punyalah malu aku , dah la depan adik beradik aku semua . aduiiii , papa tak membantah . Papa terus cakap ' tanyalah tuan punya badan , papa tak kisah kalau dah betul-betul serious ' . 
Time tu jugak aku terpinga-pinga sementara , dah la tengah sakit perot , buat aku nangis .Pastu boleh pulak nak melamar . Sekarang aku dah jadi isteri dia yang sah . itu bermakna , aku dah terima lamaran dia :)

Dengan sekali lafaz je , aku dah jadi isteri dia yang sah . Alhamdulillah, alhamdulillah !!
hoyeee ! hoyee !!  ( jangan nak hoyee sangat , kena ingat dah jadi seorang isteri segalanya perlu terbaik , tanggungjawab besar tu ) 





No comments:

Post a comment