nuffnang ads

Sunday, 26 May 2013

Pelamin Saving dan menarik

Sebagai seorang wanita , perkahwinan tu adalah yang paling penting untuk mereka. Sekali seumur hiduplah katakan . So, aku sebagai seorang wanita mestilah nak yang terbaik tapi bajet pulak kurang .Tempoh masa nak prepare semuanya tu memang sangat pening dan membimbangkan.Dengan nak pakai inai, pelamin, bilik pengantin nak di hias, baju nak prepared,dah la semuanya last minutes . hahaha. tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar , walaupun majlis tak gempak . Terima kasih jugak kepada semua ahli keluarga aku yang banyak menolong , adik perempuan aku , kak ira ( kakak angkat ) paling-paling menjayakan majlis tu Puan Noraziyah dan En Abdullah (mama dan papa) . Thanks semua . Pelamin , hantaran ,bunga tangan semua buat sendiri . Langsir 2 tahun lepas , nak kasi bulat camgitu pakai gelung ,nak tambah lawa kena ada bunga . Bunga , tepak sirih tu ( Rm 35 ada 3 set ) tu semua beli kat Semua House kat Jalan TAR . So, kalau korang kawen sila-silalah pergi sana . Jimat sikit duit korang . Kalau rasa boleh buat sendiri baik buat sendiri sebab duit yang lebih tu bolehlah buat-buat beli barang rumah nanti . Tak payah pikir nak bayar hutang nanti lepas kawen . Yang penting akad nikah tu , wajib !
Tengok carpet ungu , haa.. tu carpet kak ira :) thanks akak
Hantaran hasil kretif sendiri :)

Bunga tangan sendiri buat dan baju tu tempah dan maniknya adik perempuan saya buat :D 
Pelamin buat sendiri cuma sewa lampusportlight je ..



Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke Jannah 


No comments:

Post a Comment