nuffnang ads

Friday, 30 August 2013

Jiwa kosong , empty

Menaip dengan perasaan kadang - kadang membawak suatu yang drastik . Betulkan ? sebab utamanya perasaan memainkan peranan yang paling penting untuk menghasilkan karya yang menarik . Itulah hakikatnya. Kadang-kadang perasaan jugak membuat kita huru hara . Dengan perasaan jugak kita akan sentiasa memikirkan hal yang remeh temeh . Padahal, semua tu mungkin takkan terjadi atau menguntungkan . Hati wanita sentiasa dibelungi keadaan tu . Adakah disebabkan jiwa yang terlalu halus ??
Dan mungkin seorang wanita ini terlalu banyak berfikir .

Itulah dinamakan wanita  ..

Friday, 23 August 2013

cake red velvet

 

Bahan A: kek
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko (van houten)
2 oz pewarna *kalau tak tahu oz, agak-agak saja.
1/2 cawan butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk (suhu bilik) *boleh juga buat sendiri. kalau nak, emel saya atau tinggalkan emel kamu di ruangan komen.
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda

Bahan B: Cream cheese frosting
2 buku cream cheese (dilembutkan)
1/2 cawan butter (dilembutkan)
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula icing (diayak) *kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan

Cara buat kek
1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius
3. Ayak tepung kek + serbuk penaik.
4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul.
5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang. 
6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar.
7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar.
8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata. 
9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata.
10. Ulang langkah 8 dan 9.
11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.
12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.

* Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven.
* Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
* Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting

Cara buat cream cheese frosting
1. Pukul butter + cream cheese sampai halus
2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila

Untuk letak frosting
1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas.
2. Sapu frosting di bahagian rata kek. *Lagi tebal lagi sedap
3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah.
4. Sapu frosting di seluruh kek.

Kek ini sedap kalau sudah masuk dalam peti sejuk dan keluarkan sekejap bagi dia tak keras, baru makan.

Monday, 19 August 2013

Raya ke-3 Di seberang thailand

Raya tahun nie lain sikit sebabnya raya pertama dengan mertua then raya ke-3 baru dapat raya dengan family . Tahun nie berjimat sebab baru kawenkan, banyak benda nak beli . So, baju raya yang beli sehelai je .Itupun pakai raya pertama . Alhamdulillah , semuanya selamat . Raya pertama memang tak banyak pic sebab beraya dengan mertua pastu tak sempat nak show off .. Ramai sangat nak kenal-kenal family baru .

Raya ke-3 beraya ngan family sendiri . arghhh, raya ketiga pun memang xcukup hari la beraya dari pagi sampai ke malam . Dasyat betol kan . Tahun nie beraya di Thailand rumah sedara mara


my big family 
my super duper mama
     
di Pekan Thailand

kata papa " dulu tempat nie lubuk buaya , tempat dia ngan sedara berkubang


ohhsem kan , lawa-lawa tapi duduk blkang triton


anak sedara papa yang menetap di thailand . Pak long saya nie esco daerah narathiwat . So, selok belok thailand nie dia memang terror la .




Perbincangan tentang permainan bom dithailand 
with my lovely sis , dialah fesyen designer saya 
baju raya tahun lepas :)



with my lovely hero 

Friday, 16 August 2013

Masalah rumahtangga perlu dikongsikan atau pun tidak ?

Masalah rumah tangga adakah boleh dikongsikan dengan orang luar atau pun kawan baik . Muskil jugakan? Disebabkan kawen awal dan tak berpengalaman,banyak benda yang aku rasa aku tak pandai nak amik kira . Dulu masalah coupling-coupling ni aku cerita kat member tapi dah kawen nie aku rasa macam dah tak pandai nak kongsi. Biasalah , masalah rumahtangga tak nak berceritakan tapi takut jugak kalau tak boleh selesaikan masalah rumahtangga sorang-sorang . Cuba kalau gaduh ngan husband tiba-tiba terucap pulak dia lafaz yang tak sepatutnya .



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!


WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?


LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". 

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. 

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. 

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Thursday, 8 August 2013

cinta 3 segi antara saya , en suami dan ragnarok


Ragnarok itu la benda hari-hari yang husband aku suka hadap. Celik-celik mata itu yang dulunya dihadap.Ikotkan hati nak suruh dia hadap muka ni dulu sebelum dia hadap benda tu .hehehehe. Kadang-kadang terasa jugak tapi nak buat camne, dari dia hadap pic perempuan lain baik dia hadap benda alah tu . Alhamdulillah, walaupun dia gila game sangat tapi yang paling aku respectnya. Dia tak pernah lupa tanggungjawab dia .

Monday, 5 August 2013

Muffin Coklat Chip


Bahan-Bahan
  • ½  cawan mentega
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat )
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(bergantung pada besar cup cakes, kalau mcm aku ni cukup 30minit, kalau kecil cup so cepatlah masak)
Tips:
  1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik  dengan sempurna.
  2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
  3. Jangan guna minyak masak yang berkacang  kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
  5. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
  6. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Sunday, 4 August 2013

Kawen awal itu adalah syarak

Opss , kawen awal .. orang melayu paling suka fikir negatif . Kawen awal pun nak jadi isu . Padahalnya , kawen awal tu kan ikot syarak . Lagi cepat kawen lagi bagus . Tak adalah banyak buat dosa . Kawen waktu remaja ni bukannya dikongkong tapi kehidupan makin mendewasakan kita dan hidup pun sweet-sweet gitu . Remaja yang berkawen dengan orang dewasa yang berkawen lain kot . Bukan nak cakap camtu sebab aku pun kawen awal tapi hakikatnya. Tak rugi apa-apa pun kawen awal . So, cepat-cepat la kawen ya :)


Aspek Sejarah

Dalam sejarah Islam kita boleh lihat bagaimana Baginda Rasulullah sendiri berkahwin dengan Saidatuna 'Aisyah iaitu puteri Abu Bakar Al-Siddiq dalam usia yang begitu muda. 'Aisyah dilamar dalam usia 7 tahun dan mula bersama pada usia 9 tahun iaitu umur selepas mencapai usia baligh bagi kanak-kanak perempuan. 

Perkara ini menjadi bahan cemuhan oleh sejarawan Barat terutamanya golongan sarjana orientalis. Mereka melihat hal ini sebagai faktor kecaman dari pelbagai sudut dan andaian. Sedangkan kalau diperhatikan dalam Undang-undang Perkahwinan negara Barat seperti Perancis memperuntukkan usia perkahwinan bagi pemudanya seawal usia 18 tahun dan gadis pula berusia 15 tahun. Begitu juga Undang-undang Perkahwinan dalam Perundangan Agama Yahudi menetapkan pemuda boleh berkahwin seawal usia 13 tahun dan gadis pula berumur 12 tahun.

Cuma perubahan ini semakin ketara di dalam era moden mutakhir ini. Akibat terdapat beberapa faktor terutamanya faktor ekonomi yang membawa pada perubahan sosial sesebuah masyarakat itu ia menyebabkan proses perkahwinan ini menjadi semakin lambat.

Pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan pelbagai perkara asas dan melaksanakan beberapa syarat sebelum mendirikan rumah tangga. Maka, tidak hairanlah dalam Islam ia tidak memberikan had dan batasan pada usia mereka yang ingin berkahwin. Malahan bagi mereka yang berkemampuan untuk melaksanakannya, ia amat dialu-alukan.

Mereka Yang Menolak Berkahwin Awal

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat tidak menerima rasional perkahwinan awal bagi para remaja kerana mereka memberikan pelbagai alasan yang difikirkan wajar bagi mereka. Bahkan ada yang menganggapkan perkahwinan awal ini akan menjejaskan ekonomi, sosial dan juga kesihatan kepada pasangan remaja tersebut. Malahan ia juga menyumbangkan kepada peningkatan kadar perceraian di negara ini serta jumlah ibu tunggai dan kanak-kanak yang terbiar yang mengundang kepada gejala keruntuhan moral dalam masyarakat. Cuba ditelitikan hujah mereka satu persatu menerusi aspek berikut.

Faktor Kesihatan
Kata mereka, remaja yang berkahwin awal akan hamil pada usia muda dan berdepan banyak komplikasi serta masalah kesihatan sepanjang kehamilan, ketika melahirkan anak dan selepasnya. Ini sebabnya kehamilan di kalangan remaja dianggap kehamilan berisiko tinggi. Malahan kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat di kalangan remaja. Ia bukan disebabkan komplikasi ketika proses kehamilan dan kelahiran saja, faktor persekitaran juga menyukarkan mereka mendapatkan kemudahan dan penjagaan kesihatan secukupnya. Kebanyakan remaja tidak mendapat nasihat tepat mengenai kaedah pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga serta sukar membeli ubat diperlukan untuk pencegahan kehamilan. Bahkan, masih ada yang percaya pada adat turun-temurun untuk mengelak kehamilan.

Ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dan antara komplikasi yang berkait rapat dengan kehamilan pada usia remaja ialah seperti tekanan darah tinggi ketika mengandung, kelahiran pramatang, berat badan yang kurang dan tidak cukup zat, pucat akibat pemakanan tidak teratur atau tidak cukup, tidak mendapat pemeriksaan antenatal sewajarnya, kematian ibu dan bayi semasa proses kelahiran dan kehamilan yang terlalu kerap.

Faktor Pendidikan

Antara faktor lain yang menolak perkahwinan bawah umur juga adalah berpaksikan pada faktor pendidikan. Pengetahuan dan pendidikan yang tidak mencukupi boleh memberi kesan kepada kesihatan mental, emosi, sosial dan kerohanian remaja. Sehingga kini dianggarkan lebih kurang 16,000 remaja perempuan di bawah umur 15 tahun di negara ini mendirikan rumah tangga dan kajian menunjukkan remaja yang berkahwin sebelum umur 18 tahun kehilangan empat tahun persekolahan berbanding mereka yang berkahwin lebih lewat.

Pendidikan dan alam persekolahan bukan sekadar tempat menimba ilmu pelajaran kerana di situlah berlakunya perkembangan personaliti, persediaan melangkah ke alam dewasa yang secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian keluarga dan masyarakat serta kemampuan menjana ekonomi keluarga pada masa akan datang. Bahkan, anak-anak yang dilahirkan daripada ibu yang kurang berilmu juga dikatakan mempunyai kecenderungan mengulangi corak hidup sama seperti ibu mereka.

Faktor Mental

Berdasarkan kajian terhadap kewarasan otak yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pada tahun 2000 menyatakan bahawa perkembangan mental berasaskan kewarasan alasan, pemikiran logikal, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan kawalan emosi belum berkembang sepenuhnya hinggalah mereka berumur 20 tahun. Gejala yang boleh berlaku pada diri mereka yang di bawah umur ini antaranya ialah tekanan mental kerana terpaksa berdepan realiti kehidupan dengan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri atau ibu bapa, bahkan mereka memerlukan kemahiran membuat keputusan, penyelesaian masalah yang berkesan, pengurusan kewangan dan emosi serta keupayaan berkomunikasi dengan baik.

Selain itu, risiko anak terabai kerana bermasalah dalam penjagaan anak terutama jika pasangan remaja ini perlu bekerja untuk menyara kehidupan. Oleh kerana tidak mempunyai kelulusan pelajaran, peluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik juga terbatas, seterusnya menjejaskan kewangan isi rumah. Bagi mengatasi masalah ini, ramai akan bekerja lebih masa. Kesannya, anak pasangan remaja berisiko mengalami pengabaian, keciciran dan kekurangan zat pemakanan.

Faktor Sosial

Akibat tekanan dalam mendirikan rumah tangga yang kurang matang serta kehidupan yang kian mendesak, pasangan remaja ini berkemungkinan kerap bertengkar dan kemungkinan membawa kepada perceraian. Kesukaran hidup antara faktor utama yang membuat ramai di kalangan mereka merasa tertekan.

Kekasaran dan keganasan dilaporkan sering berlaku apabila pasangan muda tertekan dan bertengkar. Jika ia kerap berlaku, perkahwinan mungkin tidak dapat bertahan lama. Malahan isu seperti penderaan isteri dan anak akan terus berlaku. Isu penganiayaan juga akan terjadi, ini bukan sahaja fokus kepada penderaan, tetapi ia termasuk isteri diabaikan dan ditinggalkan sendirian selepas bersalin, bayi tidak dibawa ke klinik untuk suntikan imunisasi. Ada juga kes suami menjual bayi yang baru dilahirkan untuk mendapat wang.

Faktor Penggalak Kahwin Muda

Segala faktor di atas memberikan sedikit sebanyak kepada kita bukti bahawa keburukan berkahwin di usia remaja. Namun daripada aspek larangan itu, kita perlu lihat pada aspek negatif yang berlaku jika para remaja ini dihalang untuk berkahwin. Mungkin anak lelaki kita begitu tertib di hadapan kita, usahanya untuk berkahwin awal dihalang kerana faktor pendidikan dan pekerjaan yang belum lagi dicapai. Malangnya tidak lama kemudian kita mendapat berita yang begitu menggemparkan iaitu dia dituduh 'menghamilkan' kekasihnya atas dasar suka sama suka. Pada kala itu, apakah tindakan kita?

Maqasid Perkahwinan

Persoalannya, apakah cara terbaik bagi para remaja ini terhindar dari pelbagai gejala yang merosakkan masyarakat dan menjatuhkan nilai moral mereka dalam usia yang terlalu awal? Berbalik kepada aspek agama yang kita anuti ini. Antara maqasid syarak yang sememangnya menggalakkan perkahwinan ini adalah seperti berikut :
  • Menghindari maksiat dengan cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui pernikahan yang sah. Manakala perzinaan, sumbang mahram, liwat, lesbian, kes kahwin lari, pembuangan bayi, pelacuran dan sebagainya dapat dielakkan.
  • Perkahwinan juga dapat memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman. Bila berkahwin seseorang itu menjadi semakin bertanggungjawab dan lebih amanah dalam memberikan nafkah kepada keluarganya. Jika hubungan yang dilaksanakan tanpa berkahwin, mereka tidak cuba bertanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan itu. Akibat kecewa dan putus asa inilah yang membuatkan si ibu tadi sanggup membunuh bayi sendiri kerana rasa malu untuk menghadapi masyarakat sekeliling.
  • Perkahwinan berupaya memelihara kesucian diri dan kehormatan keluarga serta masyarakat.
  • Melaksanakan tuntutan syariat kerana perkahwinan ini adalah amalan sunnah.
  • Perkahwinan dapat menjadikan seseorang itu lebih matang dalam segenap hal.
  • Perkahwinan yang sah dapat menjaga nasab keturunan. Akibat malu, kadangkala seseorang itu sanggup membunuh bayi yang dilahirkannya secara tidak sah. Namun, perbuatan membunuh bayi adalah lebih zalim dari hilangnya kehormatan dan nasab. Oleh itu, maqasid syarak menekankan bahawa memelihara nyawa adalah lebih utama dari memelihara nasab mengikut peringkatnya.
  • Dapat melaksanakan pelan jangka panjang bagi mereka yang berkahwin awal. Ini disebabkan belum sampai waktu persaraan tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah membesar.

Oleh yang demikian, ibu bapa dan masyarakat Islam harus mengambil peranan ini dalam menjaga dan memberikan nasihat rumah tangga kepada pasangan yang masih muda ini. Manusia tidak akan terlepas dari segala kesilapan dan kepincangan sekiranya kehidupan mereka tidak diatur dan disusun dengan baik. Tujuan perkahwinan adalah untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindah kehidupan.